Bab 64

10.2K 373 12
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

"Uhuk -uhuk !"

"Makanlah bodoh ! Kejap lagi boss aku datang nak ambik kau !"

Pang !

Diya yang baru sahaja terjaga daripada pengsan tersentak hebat saat melihat lelaki yang mengejarnya tadi menghadiahkan penampar pada seorang wanita. Tersedu-sedan wanita itu menangis dengan tangan dan kaki diikat pada kerusi. Diya menunduk memandang tubuhnya. Tangan dan kakinya juga turut diikat cuma yang bezanya dia berada di atas lantai.

"Makanlah !"

"Hei !" Jerit Diya apabila lelaki itu seakan mahu melayangkan penumbuk di atas pipi wanita itu. Mata Diya jatuh pada babybump yang kelihatan menonjol itu sebelum matanya terbeliak besar.

"Mia !" Wanita itu menoleh. Luluh hati perempuannya melihat wajah Mia yang basah dengan air mata. Juga terdapat luka di tepi bibir itu.

"Kau buat apa kat kawan aku hah ?!"

Kening lelaki itu terjongket tinggi seraya memandang Diya dan Mia silih ganti. Dia tersenyum sinis sambil langkah diatur dengan penuh berkeyakinan sebelum bercangkung di hadapan Diya.

"Kawan kau ?"

Diya mendengus kasar dan berpaling wajah saat lelaki itu menghembuskan asap rokok di wajahnya. Mia di belakang lelaki keparat itu menggeleng-geleng seakan memberi isyarat tetapi langsung tidak dapat disambut Diya.

"Kau nak apa ? Asal kau culik kawan aku ?"

Dia tertawa sinis. Bebola matanya meliar ke seluruh wajah Diya lalu tangannya naik menyentuh kepala Diya yang dibaluti tudung itu. Diya memalingkan muka menghalang lelaki itu menyentuh wajahnya.

"Kau nak tahu ke ?"

Dia duduk bersila berhadapan dengan Diya lalu asap rokoknya dihembus-hembus ke udara.

"Sekarang ni. Bussines pak cik aku perlukan pekerja baru dalam perniagaan dia. Kenapa aku culik kawan kau ? Kebetulan je tu..Rezeki aku lah katakan..Kitaorang memang nak cari orang. Tapi bila tengok kawan baik kau tengah pregnant dan rasanya macam dah dekat due." Lelaki itu menoleh memandang Mia dibelakangnya sekilas.

"Double aku dapat. Nanti bila kawan kau dah bersalin. Dia aku ambik. Anak dia aku hantar kat rumah anak yatim dan bila dah besar aku akan ambik balik. Nanti kawan kau dan anak kawan kau dua-dua majukan perniagaan kitaorang. Dia pun nampak masih cantik lagi kan ?"

"Kurang ajar ! Kawan aku bukan pelacur lah gila !"

Pang !

Diya terteleng ke tepi dengan perasaan marah yang mendidih dalam hati. Penumbuk dikepal erat. Hujung telinganya terdengar suara lelaki itu ketawa sinis.

"Aku pantang kalau ada yang berani naikkan suara depan aku." Bisiknya perlahan penuh dengan sarkastik. Dari hujung mata dapat dia lihat mata lelaki itu bergerak memerhatikan tubuhnya dari atas hingga ke bawah.

"Tapi kan..Kalau ambik kau jugak pun best kan ? Kau nak tak..." Jari telunjuknya mengelus pipi Diya.

"Jadi sex slave aku ?"

"Bodoh !" Diya menyepak-nyepak kaki jantan keparat itu walaupun kakinya diikat kemas. Terundur lelaki itu kebelakang.

"Kau fikir maruah aku boleh dibuat main ke hah ?!"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now