Bab 32

7.1K 307 9
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you work-

***

"Ya Allah sayang !"

Tuan Adam berlari mendapatkan Diya yang sudah menangis teresak-esak di satu sudut. Sebaik gadis itu mengangkat muka,tubuhnya terus didakap erat membuatkan Tuan Adam hampir terjatuh ke belakang.

"Tuan pergi mana ?!"

Bahu Diya ditepuk perlahan. Kepala ditundukkan sedikit cuba mencari wajah Diya yang terselindung di dadanya. Melihatkan esakan gadis itu semakin kuat,membuatkan Tuan Adam semakin dihurung rasa serba-salah yang teramat.

"Sayang sorry-"

"Kenapa tinggalkan saya ?!"

"D-"

"Kenapa buat saya macam ni ?!"

"D dengar sini !"

Hujung baju Tuan Adam dicengkam kuat."Tuan jahat !"

Tuan Adam menyumpah seranah dalam hati. Silap dia ! Ya Allah hancur hati dia tengok Diya yang menangis bagai nak rak. Tangan yang berada di genggamannya juga menggigil kuat. Muka tak payah cakaplah. Merah !

Salah dia ! Cuai ! Walaupun Diya dah dewasa,tetapi melibatkan fobia memang dia rasa bersalah ! Siapa je yang mampu hadap fobia seorang diri ?!

Tuan Adam menghela nafas berat. Lengan gadis itu diusap perlahan sebelum menjarakkan sedikit ruang antara mereka. Diya berganjak ke belakang tapi genggamannya pada hujung baju Tuan Adam tidak dilepaskannya. Malah makin kuat ! Kalau boleh nak koyakkan sekali !

Jari telunjuk Tuan Adam naik menolak dagu itu ke atas. Wajah sembap gadis itu terpampang di depan mata membuatkan Tuan Adam mengepal penumbuk. Rasa diri betul-betul tak berguna.

"Saya minta maaf."

Tersengguk-sengguk Diya menatap sepasang mata redup itu. Air mata tak henti-henti mengalir. Masih cuba untuk meredakan ketakutan yang menjalar di seluruh tubuh.

Tuan Adam gigit bibir. Jarinya naik menyeka air mata yang mengalir. Dia tak suka ! Lagi-lagi punca air mata itu mengalir kerana dia. Kerana dia cuai. Lalai. Leka.

"Sumpah demi Allah saya tak terniat nak tinggalkan awak."

Bergetar dagu Diya menahan sebak. Bersungguh-sungguh dia menahan dirinya daripada terus hanyut dalam emosi. Tetapi bila perspektif negatif mula hadir. Bagaikan terbayang yang Tuan Adam bagaikan mahu meninggalkan dirinya.

"Tuan..Tuan sayang saya tak ?"

Jeda. Pandangan Diya tertunak tepat pada sepasang mata itu. Cuba mencari sesuatu dan ya. Jawapannya adalah kejujuran. Serentak itu air mata juga mengalir deras.

"For god sake,saya takkan pernah berhenti untuk sayangkan awak. Hari ni,esok,akan datang..And always forever."

Setitis air mata Tuan Adam jatuh. Kejujuran yang jelas sekali terlihat melalui tersurat dan tersirat daripada lelaki itu. Bukan mudah untuk mendapatkan kejujuran seperti Tuan Adam. Buat kesekian kali, kepercayaannya bagaikan terletak sepenuhnya pada lelaki itu. Sepenuhnya.

"Hanya awak yang saya sayang,saya cinta dan takkan ada orang lain. Demi Allah. Saya hanya nak awak. Bukan orang lain."

Tuan Adam pejam mata sekilas sambil bibir dikemam rapat sebelum pandangan kembali bersabung. Masih terselit kejujuran,keikhlasan dan cinta di situ.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now