Bab 31

7.3K 299 5
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Sure ni dah okay ?"

Angguk. Masuk kali ni dah tiga kali soalan sama yang aku dengar. Tahap kerisauan Tuan Adam tak pernah berkurang. Aku tahu dia cuma mahu aku dalam keadaan selesa dan tak terlalu buatkannya risau.

Tapi kalau dia dah ada kat sebelah tak adanya aku sakit. Ngehehehehe.

"Senyum lah sikit. Saya risau ni."

Sudah. Kan dah cakap..Kalau tak ada perkataan risau daripada mulutnya memang tak dia nak diam.

Aku senyum seperti yang diminta versi ngada-ngada sikit. Kalau boleh nak aje aku tebuk pipi buat lesung pipit. Bagi dia percaya yang aku betul-betul okay.

Tuan Adam tersenyum. Baju kemeja hitam di tubuhnya dibetulkan sebelum tangan aku ditarik dan digenggam. Baru sahaja aku mahu tarik,dia dah kuatkan pegangan. Bibir melakar senyuman tak bersalah sebelum menarik aku untuk berjalan di sebelahnya.

"Sejuknya.." Tuan Adam menguatkan pegangan. Sengaja lah tu.

"Tuan..Kenapa kita tak pergi taman ke pantai ke..Kenapa mesti ke sini ?"

Tolong ye. Dah berapa kali aku cakap kat dia yang aku tak suka ke pusat membeli-belah. Pusat tarikan anak-anak muda. Aku tak suka pergi tempat-tempat famous ni.

Tuan Adam berpusing lantas berhenti. Aku mendongak memandang dia. Telan liur juga aku dibuatnya melihatkan tiada secalit senyuman di bibirnya. Aku pandang sekeliling. Kot-kot ada orang yang sanggup berhenti tengok kitaorang buat drama kat tengah-tengah mall ni ke.

"Awak tahu tak kenapa saya bawak awak ke sini ?"

Lambat-lambat aku menggeleng. Tak pernah Tuan Adam seserius macam ni. Pandang aku gaya tak puas hati.

"Sebab.."

Jeda. Sebab ? Dia nak tinggalkan aku dekat sini ke ? Atau ada kes yang perlu di handle kat area sini-sini ?

Bibir yang rata tanpa secalit senyuman tadi bertukar kepada senyuman lebar menampakkan giginya yang tersusun cantik. Tangan aku dipegang dan diselitkan dengan jari-jemarinya.

"Sebab saya rindu nak buli awak !"

"Eeh !"

***

"Sini lah sayang.."

Aku menjeling kecil sambil menapak ke ruangan baju wanita. Panggilan daripada Tuan Adam aku hiraukan. Sakit hati. Bengang. Dan malu.

Bolehnya dia tarik aku lepas tu berlari dalam mall. Nasib baik tak langgar orang tadi. Kalau tak mahu kena maki dengan orang-orang kat sini.

"Sayang.."

Terasa lengan aku dipegang,pantas aku menapak ke tempat lain. Tak nak tengok muka dia. Tak nak cakap dengan dia. Geram ! Dah buat salah boleh pula tayang muka tak bersalah. Ikutkan hati,nak aje aku lari keluar dari mall ni lepas tu balik rumah. Tapi tu lah. Sekarang ni pun aku tak tahu kat tingkat berapa sebab tadi ada naik escalator. Naik lif pun ada juga. Nanti tempah bala kalau aku sesat kat sini.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now