Bab 51

9.2K 379 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Kuala Lumpur International Airport


Diya mengerling susuk tubuh si suami di belakang yang sedang menjawab panggilan sebelum kepala dipalingkan menghadap hadapan semula. Tangannya yang sedari tadi melingkar pada pinggang daddy masih tidak dilepaskan.

Berat hatinya mahu melepaskan sekali lagi daddynya yang mahu pulang ke Maldives. Sedaya upaya dia menahan hati dan kawal perasaan daripada banjir di tempat awam itu.

Terasa kepalanya yang dibaluti tudung bawal digosok perlahan membuatkan gadis itu mendongak lantas mendapat senyuman daripada lelaki kesayangannya.

"Daddy balik sini lagi tak ?"

Daddy tersenyum. Anak gadisnya yang sedari tadi melekat tidak mahu lepas dipeluk sekilas. Risau hati bapanya mahu meninggalkan anak emasnya di sini walaupun sudah bersuami.

"Insyaallah.."

"Kenapa tak balik minggu depan je daddy ?"

Hidung Diya dikepit."Daddy dah lama sangat kat sini. Mana boleh tinggalkan kerja lama-lama kat sana. Lagipun bulan depan daddy kena transfer ke Melbourne."

Diya mengangguk perlahan. Sekali lagi dia mengintai si suami di belakang spontan lelaki itu yang perasan akan tindakannya menghadiahkan sebuah senyuman.

"How's your first day ?"

Pandangan kembali terarah pada daddy."Alhamdulillah..Everything's fine. Cuma.."

"What ?"

"Dia nak D berhenti kerja."

Daddy tersentak. "Really ? Oh gosh.. Glad to hear that."

"Hear what ?"

Kening dijongket tinggi."Berhenti kerja. It had a high risk you know ?"

Diya diam. Bibir digigit sambil terkebil-kebil dia memikirkan syarat lelaki itu. Antara kerjaya dan keselamatan. Mana lagi penting ?

"Don't you remember what's happened at your ex-fianced ?"

Diya menunduk. Perlahan wajahnya melekap pada dada daddy sambil pelukkan dieratkan. Pandangannya menunduk ke bawah.

'Berhenti jadi polis dan kahwin dengan saya,please...'

'Saya sayang sayangkan awak D. Saya tak nak berlaku apa-apa yang buruk pada awak.'

Adam..

Dah hampir dua minggu awak pergi,tapi sikit pun hati saya tak mampu nak lepaskan awak.

Segala apa yang awak tuturkan.

Segala apa yang awak persembahkan.

Segala apa yang awak usahakan.

Membuatkan saya teringat akan usaha awak yang tak pernah berhenti di tengah jalan. Walaupun awak pernah kata,

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now