Bab 6

11.2K 513 18
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Aku menyimpul senyuman lebar dan ikhlas. Wajah tampan lelaki dihadapan aku sekarang ini dipandang sekilas seraya cuba untuk menyembunyikan perasaan aku yang berbunga dek layanannya yang mesra. Sesekali lelaki itu turut membalas senyuman.

Nasi Ayam yang tinggal berbaki sedikit sahaja lagi aku kuis dengan sudu. Bukan selera aku terbang tapi aku tahu aku tak boleh mengunyah buat masa sekarang ni. Sedari tadi pipi aku asyik tegang mahu menguntum senyuman. Dan sedari tadi aku rasakan mahu tersenyum. Entahlah..Aku dah gila agaknya. Tapi yang pasti,aku teramat pasti dengan apa yang aku rasa.

"Nak saya suap ke? Duk terkuis-kuis nasi ayam tu. Boleh kenyang ke?"

Aku mengangkat muka memandang Tuan Adam. Bibir tersenyum sungging. Air mocha ice diteguk sedikit. Tu pun aku hampir tersedak. Aku mengerling sekilas pada pinggan Tuan Adam yang sudah kosong manakala aku punya ada berbaki sedikit lagi.

"D?"

Okay dah. Aku dah penat nak kembang dalam hati. Aku berdeham."Lepas ni Tuan nak bawa saya ke mana?"

Renungan mata Tuan Adam membuatkan aku termalu sendiri. Tisu yang berada di atas meja perlahan aku tarik dan diangkat dihadapan muka. Mengelakkan daripada bertembung dengan panahan mata Tuan Adam yang penuh dengan tersirat. Buat seketika,aku tercanggung sendirian apabila terdengar gelak tawa halus yang aku pasti datangnya dari dia. Lelaki yang cuba membuat aku jatuh,tapi sedikit pun aku tak pernah tersungkur ke dalam tasik cintanya..Eii Hiperbolanya.

"I can see you're blushing..D? Darling?"

"Uhuk!"

Aku tersedak apabila ayat terakhir itu bagaikan halus memasuki corong telinga aku. Geli ada terharu pun ada. Jap! Dugaan betullah kalau duduk dengan Tuan Adam ni! Kenapalah aku ditemukan dengan lelaki yang...Yang? Yang yang ying..Ahahaha okay lelaki yang suka buat orang cair..Kenapa?!

Terseksanya aku!

"Err..Tuan saya dah kenyang. Jom lah kita gerak." Disebalik tisu yang menjadi perantara kami berdua,aku menggigit bibir. Dapat aku rasakan dia masih merenung aku sebelum aku tersentak tatkala tisu tersebut dirampas.

Pantas aku memandang Tuan Adam yang beriak selamba dengan tisu yang sudah renyuk didalam genggamannya. Pinggannya yang berisi makanan disauk dengan sudu. Aku blur buat seketika sebelum aku tersedar sesuatu di saat nasi ayam kepunyaanku selamat masuk ke dalam mulutnya.

Aku terkedu."Tuan!"

Tersedak Tuan Adam apabila namanya dijerit kuat. Terbit rasa kasihan membuatkan aku pantas menghulurkan airnya sebelum mendapat renungan tajam daripadanya. Aku terseringai kecil.

"Kenapa Tuan makan lebih saya?"

Dia diam. Aku cuba menarik pinggan aku kembali tapi pantas tangan aku ditepis.Weh dia tepis tangan aku? 5 minit kemudian,pinggan aku yang pada mulanya berbaki nasi ayam sudah licin. Aku ternganga seraya cuba menahan rasa malu.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now