Bab 44

7.2K 298 2
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Ridzwan.

Berkali-kali aku cuba untuk membuang kesemua gambar dia daripada handphone aku. Tapi aku tak mampu. Aku tak tahu kenapa tetapi hati aku melarang aku untuk terus membuang gambar lelaki itu.

Aku cuba.

Sebab aku bakal jadi milik orang lain. Aku tak boleh simpan gambar dia malah sikit pun perasaan yang pernah singgah dalam hati harus aku buang sepenuhnya. Aku tak mahu Tuan Adam tahu yang aku pernah suka orang lain dalam masa yang sama dia taruhkan hati pada aku.

Aku rasa bersalah. Aku tak tahu kenapa tetapi apabila teringatkan moment beberapa hari lepas sewaktu terserempak dengan Ridzwan di gym,aku rasa sesuatu.

Aku tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni hati aku rasa sesuatu yang aku sendiri tak tahu bagaimana untuk aku nyatakan. Antara Tuan Adam dan Ridzwan. Dua-dua aku merasakan sesuatu dalam hati,tetapi tak ada sedikit pun hint yang boleh aku guna untuk dapatkan jawapan bagi menjelaskan rasa 'sesuatu' dalam hati aku.

Aku tak tahu.

"Tahniah "

"Untuk ?"

Dia tersenyum nipis. "Awak dah bertunang. Jodoh awak dah sampai."

Aku tertawa kecil. Itu rupanya.."Tapi kan..Kenapa awak ada juga malam tu ? Siap jemput saya kat bilik hotel bagai ?"

Dia tersentak kecil. Peluh yang membasahi dahi diseka dengan sapu tangan.

"Nothing."

"Ye ke ni ?"

Dia diam. Aku toleh belakang,daddy sedang fokus bersenam dengan seorang lelaki. Dari jauh aku dah boleh nampak ada isteri orang yang berpakaian serba seksi mula mengusya daddy aku.

Nasib daddy aku buat tak layan. Kalau tak..Memang aku tinggalkan daddy kat sini.

Aku pandang depan semula. Tenung dari tepi wajah Ridzwan yang pernah membuatkan hati aku terpaut pada kekacakkannya. Kini,berganti dengan tunang aku.

"Ridzwan."

Dia menoleh. Bibir tersenyum kelat. Apa yang aku perasan,pertemuan aku dengan dia,sebelum aku declare dengan Tuan Adam dan selepasnya. Dia nampak lain.

Kalau dulu. Nak minta dia senyum sikit pun aku kena usaha buat dia tersenyum. Kena tahan telinga,kena tahan hati. Semata-mata nak buat dia tersenyum.

Tetapi sekarang. Walaupun kami berbual kosong. Dia seringkali hanya melemparkan senyuman nipis. Aku suka tengok senyuman dia. Yang susah sangat nak pamerkan di khalayak ramai.

Sebab di sebalik senyuman dia,ada seribu satu kepahitan.

Ye. Sama seperti aku. Tapi aku masih boleh tersenyum. Bukan seperti dia. Yang sentiasa menunding jari pada diri sendiri atas kehilangan seorang ibu.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now