Bab 45

7.7K 287 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Pipi aku dicengkam lembut lalu ditolak sedikit ke atas. Kain yang dibasahkan perlahan disapukan di bawah hidung membersihkan darah hasil daripada hentakan pada stereng kereta sewaktu kemalangan kecil tadi. Penuh teliti dan berhati-hati.

Aku pandang mata dia. Mengharapkan untuk dia juga memandang aku. Tapi hampa bila lelaki itu masih fokus membersihkan luka. Wajah yang keruh. Tanpa senyuman yang selalu aku tengok. Terselit juga kerisauan di situ.

"Aduh !"

Tangan dia aku tepis lantas menutup hidung aku yang terasa pedih. Aku kibaskan tangan sambil bibir meringis sakit. Tetapi tangan aku ditolak ke tepi sebelum dia kembali membersihkan luka aku.

Aku hela nafas perlahan. Serba-salah aku dibuatnya melihatkan dia yang masih tak bersuara sejak 20 minit yang lalu setelah aku menelefonnya tentang apa yang berlaku.

Dia marah ? Aku tak tahu. Tapi macam ye.

"Tuan..."

Aku pandang dia. Berharap sekali lagi supaya dia menyahut dan membalas pandangan aku. Tapi masih sama. Dia mengetap rahang. Dalam hati aku dah pesan awal-awal.

Aku redha kena marah dengan tunang sendiri.

"Adam..Awak marah saya ke ?"

Masih sama. Tiada respon. Aku mengeluh kecil seraya menundukkan pandangan. Bila tangannya berhenti daripada membersihkan luka aku,pantas aku angkat muka. Dengan harapan,dia pandang aku.

Masih sama. Dia menundukkan pandangan. Kain ditangannya digenggam kuat sehingga menimbulkan urat-urat tegang yang timbul di sekitar kulit lengannya. Beberapa saat kemudian,nafas ditarik sebelum aura negatif yang seakan mahu menjelma perlahan-lahan luntur. Dia angkat muka. Berbalas pandangan dengan aku. Tetapi pandangan dia...

Redup ? Sayu ?

"Awak tak sayangkan saya ?"

Aku tersentak. Apa ni ? "Adam-"

"Saya call tak angkat."

Jeda.

"Saya whatsapp tak reply."

"Saya tanya awak. Apa awak balas ? Nothing. Just. NOTHING."

Ayat terakhir itu ditekan. Jelas menunjukkan dia terlalu geram dan marah tapi dia sabar dan tahan dalam hati.

"Then,apa semua ni ? Tak balik-balik. Jam dah pukul 2 pagi. 2 A.M Diya. Your father had called me keeply."

"Awak tak kesiankan saya ke ?"

"Adam." Tangannya aku capai. Air mata aku cuba tahan sebaik mungkin. Aku dah penat menangis.

Aku tertekan.

Aku serabut.

Aku emosi.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें