Bab 41

7.8K 302 5
                                    


Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"D kerja ke hari ni ?"

Biskut oatcrunch aku pecahkan sedikit sebelum disumbat ke dalam mulut. Daddy steady baca surat khabar dengan t-shirt lengan pendeknya di tubuhnya. Mula-mula,daddy tak nak pakai baju tau. Sebab dia kata dia rimas. Acah katanya Malaysia panas. Eleh lupa asal usul lah tu.

Tapi lepas kena bebel dengan aku. Nak tak nak dia kena pakai. Dahlah aku berdua dengan daddy. Ada ayah pun macam suami je sekarang ni. Buatnya dia tak pakai baju. Memang tak aku nak keluar bilik. Saja lah tu nak tunjuk biceps dan sixpack dia. Eleh nak bagi aku percaya lah kononnya katanya umur nak cecah 50 tak semestinya rambut bertukar putih. Perut boroi.

Yang tak boleh blah nya bila daddy sanggup inaikan rambut tak nak bagi nampak uban. What the fish ?! Dah tua tu buat cara tua. Haih..Doktor hensem ni. Nasib ayah aku. Kalau tak...

Sanggup aku tinggalkan Tuan Adam.

Ngehehehe. Jahatnya aku. Kalau arwah mummy ada lagi ni. Mahu kena kurung seminggu dalam bilik. Yelah suami dah kacak. Siapa nak lepaskan keluar.

"Tak. Sebab malam ni Tuan Adam ajak makan malam kat rumah dia. Nak bincang pasal wedding kitaorang."

Daddy pandang aku sebelum surat khabar dilipat dan diletakkan di atas meja. Dia melabuhkan punggung disebelah aku. Sempat dicuri biskut aku. Hampeh punya daddy. Dia bagi aku dia yang makan.

"Dia tak ada call D ke hari ni ?"

Aku tersengih. Ni semua daddy punya pasal."Dia merajuk dengan D."

"What ?"

"Ye lah..Daddy punya lakonan tu tak boleh bla lah. Mentang-mentang dah kacak sekarang. Sian dia tau. "

"Why..?" Meleret suara daddy. Seakan simpati dengan tunang aku yang merajuk angkara perbuatan daddy.

"Daddy punya skrip 'She's mine' tu..Ayat favourite dia. Hari tu dia pernah bergaduh pasal benda ni."

Daddy tergelak. Telinga aku ditarik."Betullah. Kan daddy cakap 'She's mine' you're totally mine. Anak daddy. Daddy ada hak tau."

Okay. Dia menang. Daddy ni boleh buat member lah. Kalaulah aku ada abang. Mesti sekaki punya.

Jap ! Kalau daddy dah bertukar imej macam ni. Tak mustahil..

Daddy kaki gamers ?

Sebab dulu aku selalu main permainan video dengan daddy. Sampaikan arwah mummy geram,dia buang semua kitaorang punya barang sekali koleksi daddy. Merajuk seminggu daddy masa tu. Hah jangan ingat daddy boleh lupakan macam tu je.

Daddy berdehem kecil membuatkan segala prasangka yang berlegar di kepala mula berterbangan pergi.

"Daddy nak tanya. D kenal dia dah berapa lama ?"

"Dua tahun."

Senyap. Daddy merampas remote ditangan aku sebelum volume suara televisyen diperlahankan sedikit. Aku rasa malu sebenarnya. Kalau dulu duduk sebalah daddy adalah gaya bapak dengan anak. Tapi sekarang...

Mummy ! D tak sukalah suami mummy yang sekarang ni !

"Apa yang membuatkan D terfikir nak jadi isteri dia."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now