Bab 58

9K 365 11
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Buk !

"Auww !"

Diya yang sudah jatuh terduduk itu memegang dahinya sambil tubuhnya mengerekot menahan pedih. Entah bagaimana boleh tersadung sehingga membuatkan tubuhnya hilang keseimbangan dan dahinya serta-merta mencium dinding.

"D !" Ridzwan baru sahaja keluar daripada bilik air terus menerpa ke arahnya. Isterinya yang sudah terjatuh itu didapatinya.

"Kenapa ni ?"

"Tak ada apa-apa. Saya terhantuk-" Saat Diya mengangkat muka. Terasa bagaikan pipinya ditampar dengan berbakul-bakul rasa malu. Membuntang matanya melihat susuk tubuh Ridzwan yang terpamer di hadapan matanya hanya dengan tuala di pinggang.

Again.

HANYA TUALA KAT PINGGANG.

"Ridzwan apa ni ?" Diya menutup kedua belah matanya. Tubuh Ridzwan ditolak-tolak supaya menjauh.

"Apa-apa ?"

"Jangan cemarkan mata saya. Pergi pakai baju sana !" Arah Diya tegas. Perlahan-lahan dia mengesot ke belakang menjauhi lelaki itu. Sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini baik dia angkat kaki segera.

Ridzwan tertawa halus seraya bibirnya tersenyum nakal."Mata awak tercemar pun sebab tengok yang halal-"

"Tak nak dengar !" Diya menekup kedua-dua belah telinganya dengan mata terpejam rapat. Dalam hati dah berdoa macam-macam supaya dijauhkan perkara yang tak diingini.

"Kena dengar. Sebab saya sekarang milik awak. Awak kena-"

"Tak dengar ! Tak nak dengar ! "

"Saya punya body sekarang jadi milik awak tau-"

"Bla ! Bla ! Tak dengar ! Tak dengar !"

Ridzwan tersengih jahat saat dia dapat perasan gerak-geri isterinya yang mahu melarikan diri. Dia bangkit. Seperti sangkaannya,Diya cepat-cepat bangkit untuk melarikan diri namun dirinya terlebih dahulu menangkap tubuh kecil itu dari belakang. Mata Diya membuntang besar.

"Awak ! Awak buat apa ni ?!" Diya meronta-ronta minta lepas. Nak tercabut jantungnya dengan tindakan suaminya yang sudah mula buat perangai.

Ridzwan sengaja meniup telinga isterinya sekadar mahu mengusik."Buat apa ? Buat apa yang patutlah."

"Lepas kan saya ! Eee awak tak malu ke tak pakai baju depan saya ! "

"Saya rasa awak yang malu tengok saya. Kan ?" Usik Ridzwan sebelum pipi gadis itu dikucup lembut.

Diya kaku satu saat. Dia gigit kuat bibirnya menahan rasa geram dalam hati. Mahu sahaja dia hantukkan kepala kat dinding sekarang ni.

Macam mana dia nak lepas ni !!

"Lepaslah...Pergi lah pakai baju..Nanti tuala awak terbukak !"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now