Bab 35

7.4K 291 10
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Aku mengerling sekilas Tuan Adam yang sedang fokus memandu di sebelah meredah kepekatan malam di lebuhraya menuju ke Pahang. Memastikan dia dalam keadaan segar dan tak mengantuk yang boleh mengundang risiko. Kalau dia mengantuk boleh tukar dengan aku nanti. Aku pula bawa kereta.

Saat dia menoleh,aku menghadiahkan senyuman manis. Tak jemu tatap wajah tampan dia. Alangkah bahagianya kalau aku terima untuk jadi isteri dia awal-awal lagi. Semuanya milik aku.

"Tidurlah sayang. Lambat lagi nak sampai ni."

Aku kerling jam digital di radio. Dah menginjak pukul 2 suku pagi. Kalau ikutkan dari Cheras ke Pahang tak lah makan masa berjam-jam. Tetapi tadi kitaorang gerak dalam pukul 12 sebab Tuan Adam ada meeting dekat IPD Putrajaya.

Aku paksa dia suruh drive besok. Sebab dah malam sangat. Tapi dia tak nak. Katanya esok ada majlis penting. Dia takut tak sempat nak pergi.

Hidung aku dicuit membuatkan aku tersentak daripada lamunan. Terkial-kial aku pandang dia. Dia ada tanya apa-apa ke ?

"Berangan eh."

Aku tertawa kecil." Tak sengaja. Tuan tanya apa tadi ?"

Tangan aku ditarik sebelum digenggam erat. "Saya suruh awak tidur. Lama lagi nak sampai. Sayang pun nampak penat."

"Tak apalah. Walaupun saya tak drive. Tapi saya nak sama-sama penat dengan Tuan."

"Ala sweetnya."

Kami tertawa kecil. Hilang juga ngantuk aku dibuatnya. Lagi pun tak salah kalau aku nak teman dia drive pagi-pagi buta macam ni. Apa-apa yang jadi mungkin aku tahu.

"Tuan."

Tuan Adam mengerling sekilas.

"Tuan kata bulan ni kembar Tuan kahwin. Kenapa kita tak pergi? Dah nak masuk hujung bulan dah ni."

Spontan Tuan Adam menepuk dahi. "Lupa pula. Terpaksa ditangguhkan. Azrai excident."

Mahu tercabut jantung aku mendengarnya. "Bila ?"

"Minggu lepas."

"Teruk ke ?"

Tuan Adam mengangguk." Teruk jugalah. Kaki kiri dia patah. "

Allahu. Takziah buat Azrai. Terpaksa tangguhkan perkahwinan sebab kemalangan. Ni lah namanya perancangan Allah. Aku harap dia cepat sembuhlah.

"Sekarang dia kat hospital lagi ke ?"

"Kat rumah parents saya. Umi dan abi jaga."

Angguk. Aku harap Yana bakal isteri Azrai tabah dan sabar menunggu hari bahagia yang akan tiba. Nasib tak jadi apa-apa yang teruk sangat dekat Azrai.

"Sayang..Awak sayang saya tak ?"

Aku pandang dia." Sayang "

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now