Bab 9

8.6K 376 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-


***

Lex's Private Club Bar

Diya Dahlia,

Sebaris nama premis yang menempatkan dimana kesemua pelanggan yang hadir adalah orang ternama. Dan sebaris nama premis yang membuatkan aku meneguk air liur kesat. Berat kakiku mahu menapak masuk ke dalam premis maksiat ni. Info daripada Koperal Taufiq sewaktu bermesyuarat bulan lepas,premis ini hanya sebuah club malam yang bebas daripada kancah maksiat. Katanya lagi,premis ini baru tiga tahun ditubuhkan.

Tetapi setelah mendapat laporan daripada orang awam,siasat punya siasat. Satu aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan iaitu aktiviti pengedar dadah import ternama yang sedang hangat berjalan. Demi menjaga nama baik kawasan itu,ketua teras telah memberi arahan kepada anak buahnya. Termasuk aku dibawah kawalan Inspektor Adam.

Takut. Itu yang aku rasakan. Tugas ini terlalu sukar untuk aku lakukan. Dekat dalam premis ini,pelbagai jenis orang dan ragam ada. Aku takut aku pula yang masuk perangkap. Sebab aku ditugaskan untuk mengaburi mata pelanggan club malam ini dengan menjadi pelanggan di premis ini. Homaii!

Isyarat yang diterima melalui handsfree membuatkan aku tersentak. Disebalik rambut panjangku yang paras dada itu dibiarkan lepas,aku menyeluk masuk lalu menekan button handsfree.

"Kenapa tak gerak lagi D? Move!"

Aku gigit bibir. Sumpah aku takut sangat. Terketar-ketar aku dibuatnya. Rasa skru lutut pun seakan mahu tertanggal. Weh! Iman aku masih goyah lagi ni! Macam mana aku boleh terjebak dalam misi ni?

"Ssaya..Sssaya takut Tuan. Tukar orang tak boleh ke?"

"It's okay. Thinks positive. Cepat awak masuk,cepat awak bagi arahan. Dan cepatlah misi kita selesai. Come on D..Awak boleh."

Aku beristighfar banyak-banyak dalam hati sambil membuka langkah dengan berat. Betul kata Tuan Adam. Fikir positif. Inilah dinamakan tugas polis. Menjaga keamanan negara. Aku sangka aku dapat job bahagian polis trafik,tapi disebabkan kepintaran aku yang terlampau melebih-lebih membuatkan aku ditarik masuk ke bahagian kes jenayah berat. Dapat job on-call pula tu.

"Vvip card?"

Aku segera menyeluk poket seluar lalu mencapai sekeping kad yang berkombinasi warna silver dan gold siap ada logo khas pula tu. Lama aku pandang lelaki yang memakai serba hitam itu yang sedang mengakses masuk kad vvip aku itu ke dalam satu mesin pengimbas. Kemudian kad tersebut dipulangkan semula dan pantas aku menghayun langkah masuk melalui sebuah lorong sebelum sampai ke ballroom kelab malam itu.

Zas! Aku tiba-tiba berdebar tak menentu. Bunyi bising yang terlalu gamat dipendengaran aku membuatkan aku tak selesa. Tahulah aku kelab malam ini kalis bunyi. Tu sebab masa aku dekat luar aku tak dengar apa-apa. Tambah pula dengan suasana didalam ballroom ini yang sememangnya gelap dan hanya disimbahi cahaya biru bertona lembut. Dengan kesesakan orang ramai yang terdiri daripada anak muda yang berpakaian serba seksi. Malah ada juga warga tua yang aku kira golongan bangsawan. Hei dah tua tu ingat mati je lah!

Aku memegang kepala. Tiba-tiba aku rasa samar-samar pening. Sejujurnya,aku amat sensitif jika berada dalam golongan kesesakan orang ramai. Sekarang ni ditambah pula dengan bunyi daripada muzik yang entah apa-apa bunyinya. Manusia terkinja-kinja di atas pentas sambil menari tiang.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now