Bab 47

7.6K 327 28
                                    

Pasang tau lagu ni🙆

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Tangan naik menekup mulut menahan suara daripada keluar. Air mata bercucuran di pipi. Seakan tiada tanda-tanda mahu berhenti mengalir. Langit yang sedia mendung yang bakal menurunkan hujan bagaikan memahami hatinya yang lara.

Luluh hatinya melihat tanah merah yang dikorek sedalam yang boleh mengikut syarat tertentu. Lubang sebesar yang boleh menempatkan dua jenazah itu dipandang dalam.

Detik hitam yang berlaku malam tadi akhirnya telahpun meragut nyawa dua anggota IPD Bukit Aman. Tuan Farid dan Tuan Adam terkorban dalam misi memberkas suspek bersiri.

Itu yang paling tak disangka. Baru kelmarin mereka tersenyum. Mereka bergelak tawa. Makan sama-sama. Lepaskan rindu sama-sama.

Tak disangka bahawa itu merupakan hari terakhir mereka bersama. Hari terakhir senyuman itu menghiasi pandangan. Hari terakhir gelak tawa manis itu menghiburkan hati.

Hari terakhir bagi segala-galanya.

'Saya janji saya takkan tinggalkan awak..'

Hari terakhir juga,hari bahagia dia bersama bakal suami. Tak disangka,dugaan yang Allah beri betul-betul membuatkan dirinya tak terkata apa-apa.

Luluh.

Retak.

Hancur.

Semua bersatu. Senyuman tiada lagi menghiasi bibir. Hati terlalu sakit untuk menerima kenyataan.

'Sayang...'

Air mata mengalir semakin deras di pipi. Dirinya menggigil kecil dan pandangannya tak lepas daripada memandang dua jenazah yang bakal dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana di tanah perkuburan sesak dengan ahli anggota polis daripada seluruh IPD selangor. Berita kematian malam tadi telah pun mengejutkan semua warga Malaysia. Sehinggakan ketua polis negara turut turun padang.

Disebabkan dirinya merupakan pegawai polis berpangkat serta tunang kepada arwah,dia dapat tengok depan-depan bagaimana arwah tunangnya dikebumikan.

"Allahu.." Baju Tuan Adam dibawa rapat ke muka. Menutup esakannya daripadanya terhambur dengan teresak-esak. Bibir digigit kuat.

Usapan di bahu sekadar untuk menenangkannya semakin menambah hiba di hati. Sebuah keranda di buka penutupnya,jenazah Tuan Farid dikeluarkan dan dengan penuh tertib,jenazah itu dibawa ke liang lahad.

Hampir 10 minit jenazah Tuan Farid dimasukkan ke dalam liang lahad. Kini,sebuah keranda lagi dibuka. Semakin lebat air matanya mengalir melihatkan jenazah lelaki itu dibawa keluar dan diarak ke liang lahad.

Bibir dikemam rapat. Tangisan cuba dikawal sebaik mungkin. Baju arwah pun sudah basah dengan air mata. Semakin rapat dibawa ke hidung.

"Sayang jangan menangis."

Tak. Dia tak mampu. Dia tak kuat dan dia tak sanggup. Hatinya merintih. Pedih.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang