Bab 12

8.6K 417 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Sir!"

Kelibat Sir Haziq yang baru melintasi bilik kerja aku segera aku panggil. Dengan senyuman manis,lelaki itu menapak masuk bersama fail di tangannya.

"Hai D..Turun pagi ke?"

Aku mengangguk."Koperal suruh turun pagi. Ni saya baru dapat satu fail kes yang dibawah seliaan Tuan Adam dan Tuan Farid. Tapi saya tak berapa faham pasal format kes ni."

Sir Haziq berdiri di sebelah aku seraya membetulkan kad pekerja yang tergantung di lehernya. Laptop aku dipusing ke arahnya lalu fail yang aku buka tadi dibelek sekilas.

"Kes dadah..Haih macam tak ada benda lain je diorang nak jual." Rungut Sir Haziq membuatkan aku tertawa kecil. Setiap bulan pasti kes ini yang menjadi topik utama dalam perbincangan dan kes utama dalam setiap kes. Rumit.

"Okay macam ni. Eh tepi." Aku bangun apabila disuruh dan dengan selamba Sir Haziq duduk di kerusi aku. Aku faham kenapa dia buat macam tu. Nak elakkan fitnah punya pasal.

Klik!

"Here,maklumat tentang pengedar dadah yang terdiri daripada dua kumpulan. Macam yang maklumat ni bagi,satu kumpulan sekarang ada dekat Kajang dan sekumpulan lagi ada dekat Taiping."

Aku mengangguk seraya memerhati seorang demi seorang suspek yang terdiri daripada 5 orang dalam satu kumpulan. Ada yang berparut dekat muka. Muka samseng masing-masing. Macam jamban tak siap pun ada. Heh jahatnya aku.

"Tepat jam 1 pagi bersamaan 13 Julai, minggu depanlah maksudnya. Diorang ada perjumpaan dan perniagaan dijalankan di sebuah markas terbengkalai dekat Shah Alam. Kita gerakkan dua team,satu team awak dan satu lagi team Tuan Farid."

"Jadi,kena gerak asing-asing lah ni?"

"Not sure. Tunggu arahan daripada Aspektor Emir.

Aku mengangguk. Melihatkan Sir Haziq yang fokus mengakses data membuatkan aku teringat sesuatu.

"Btw..Congrats Sir atas pertunangan Sir dengan anak Koperal." Sir Haziq berpusing dengan riak terkejut sebelum mengukir senyuman nipis.

"Terima kasih..Cepat je sampai ke telinga awak eh."

Aku tersengih."Eh mesti. Jejaka terlaris di pasar malam kot nak kahwin." Usik aku membuatkan Sir Haziq mencerlung tajam.

"Hahaha okay gurau-gurau.Bila majlisnya Sir?"

Sir Haziq bangun sambil mencapai failnya kembali."Bulan depan. 5 hari bulan. Jangan tak datang pula.."

"Eh mesti..Ada job untuk saya jadi bridesmaid tak?" Ahahaha tak malunya aku.

"Ada..Job cuci pinggan. Nak?"

"Eh tak apa..Terima kasih." Gila apa? Aku pula yang kena ambil tugas katering hahaha jatuhlah populariti aku. Ecece.

"Okay lah..Saya keluar dulu."

Aku mengangguk."Baik Sir. Thanks."

Aku melabuhkan punggung kembali. Tetikus aku gerakkan lalu menekan back untuk kembali ke home screen. Terpampang penuh gambar candid Ridzwan yang sedang melipat lengan baju dengan Rayban hitam diwajahnya. Hensem. Gambar ni sengaja aku tangkap masa hari aku keluar dengan dia dekat tasik tempoh hari. Banyak jugalah gambar yang aku ambil dan semua lawa-lawa. Tapi Ridzwan langsung tak perasan aku ambil gambar dia secara senyap-senyap. Kalau tahu mesti dia suruh aku padam. Huehuehue.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now