Bab 34

6.7K 297 14
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Setelah sekian lama aku bercuti,hari ni aku menjejakkan kaki ke pejabat aku. Eh bukan. Tempat kerja aku. Rata-rata staff yang nampak aku tersenyum sambil memandang aku dengan pelik. Yang tengah fokus buat kerja pun sempat nak menoleh.

Pelik ?

Sebenarnya aku masih dalam minggu bercuti. Cuti aku berbaki tiga hari lagi. Tetapi hari ni aku datang bukan sebab kerja. Tapi sebab aku nak sambut birthday Tuan Adam. Aku tahu dia terpaksa turun pagi pun sebab dia awal-awal bagitahu aku dia kerja pagi.

Keluar je lif tingkat office aku,semua pegun memandang aku. Aku hanya melemparkan senyuman kecil sebelum mempercepatkan langkah ke bilik Tuan Adam sambil memegang kemas hadiah Tuan Adam.

Aku berdiri di hadapan bilik kerja Tuan Adam. Intai sikit. Tekun betul dia hadap fail-fail kat atas meja. Haih birthday boy pun busy ke..

Ketukkan sebanyak tiga kali diberikan sebelum aku dibenarkan masuk. Perlahan daun pintu aku tolak ke dalam. Tuan Adam masih dengan tumpuan pada kerjanya sampaikan aku dah berdiri depan meja pun dia masih tak pandang.

"Happy birthday..To you."

Laju Tuan Adam mengangkat muka. Aku melemparkan senyuman lebar. Nak tergelak aku tengok Tuan Adam yang speechless dengan kehadiran aku yang tiba-tiba di dalam bilik kerjanya.

"Happy Birthday To you.."

Tuan Adam bangkit. Bibir terlakar senyuman lebar. Betapa gembiranya dia bahawa aku sanggup datang ke pejabat semata-mata nak wish birthday dia.

"Happy Birthday To Adam Hariz." Tuan Adam berdiri di hadapan aku.

"Happy Birthday...To you."

Aku menepuk tangan menyudahkan nyanyian yang kedengaran syahdu di telinga aku dan mungkin sumbang di telinga Tuan Adam. Dia turut berbuat demikian. Riak wajahnya bersinar-sinar. Bibir sedari tadi tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Sayang..I-I really appreciate it. Awak ingat birthday saya ?"

Angguk. Gila aku tak ingat. Awal tahun baharu aku dah set mind tentang birthday Tuan Adam. Siap plan nak bagi hadiah apa. Celebrate macam mana.

"Of course saya ingat. You're my man." Klu pertama aku dah buka. Aku harap dia dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan melalui tersirat.

"Thanks sayang. I love you."

"Me too."

Dia terharu. Dan masih terkejut. Pasti dia tak sangka yang aku akan sambut birthday dia sama-sama. Walaupun aku cuba bagi klu. Tapi aku tahu ianya bagaikan angin lalu ditelinga Tuan Adam. Seakan sekali lintas dan tak hadam betul-betul apa yang aku sampaikan daripada hati.

"Any wish for me ?" Soal Tuan Adam lembut.

Angguk. Tuan Adam melabuhkan duduk di atas meja dan aku ditarik sedikit rapat. Dia mendongak menunggu sesuatu yang keluar daripada mulut aku. Aku pandang anak mata Tuan Adam. Mahu membuatkan dia percaya akan kejujuran daripada mata aku. Kejujuran yang akan terluah.

"Adam Hariz. "

"Ye sayang."

Aku tersenyum."Saya ucapkan selamat hari jadi." (Sis lupa yang ke berapa tahun. Sesapa ingat tolong komen)

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now