Bab 67

13.5K 401 2
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

8 bulan kemudian,

"Saya nak design bilik ni simple but elegant. Pastikan ikut semua plan yang kita bincang hari tu."

Pekerja lelaki itu mengangguk mengerti. Pen masih setia ditangan dan sesekali dia mencatit sesuatu jika perlu.

"Make sure saya nak unicorn tu nampak real. 3D punya dan kombinasi warna tak terlalu pekat."

"Okay nanti saya akan cuba combine kan semula."

Ridzwan menghadiahkan senyuman halus. Bebola matanya bergerak-gerak memandang bilik kosong yang telah pun di cat dengan warna biru pastel. Ada simbol ketenangan di situ. Dan juga terdapat perabot-perabot kecil dan babycoat yang akan dipasangkan sebentar nanti.

"Kalau awak design ikut cita rasa saya. And make it look real. Saya bagi bonus 30% gaji awak selama tiga bulan."

Terus lebar senyuman lelaki itu. Kertas-kertas perbincangan mula dikemas dan dimasukkan ke dalam fail. Beberapa lagi pekerja lelaki yang sedang mengukur dinding di beberapa sudut di pandang.

Ridzwan menoleh ke sebelah. Terkejut dia apabila isterinya tidak kelihatan di sisinya. Baru sahaja Diya berdiri di sebelahnya. Sambil membelek jenis-jenis warna dan beberapa hiasan yang tampak comel untuk bilik anak mereka.

"Awak buat dulu..Kejap lagi saya datang balik."

"Baik Tuan."

Ridzwan mengatur langkah keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik tidur mereka yang terletak berhampiran dengan tangga. Perlahan daun pintu ditolak ke dalam.

"Sayang ?"

Pandangannya berpusat pada sekujur tubuh yang sedang elok tidur di atas sofa dalam keadaan duduk. Dia menggeleng kecil sebelum punggung dilabuhkan di sisi Diya lalu tubuh kecil itu ditarik dan dipeluk membuatkan Diya terjaga daripada lena.

"Abang ?" Soalnya dengan mamai. Posisi duduknya dibetulkan lalu tubuh Ridzwan dipeluk dari tepi dan kepalanya disandarkan di dada lelaki itu.

"Penat ke ?" Diya mengangguk. Tangan Ridzwan yang melekap di atas perutnya disatukan dengan jari-jemarinya.

"Lapar tak ? Nak abang suap makan tak ?"

"Tak nak."

"Susu nak ?"

"Tak nak.."

Ridzwan menundukkan muka memandang wajah sembap Diya. Perlahan ibu jarinya mengelus kening halus itu lalu bibirnya didaratkan di dahi Diya. Pandangannya terarah pada dada isterinya yang bernafas dengan kadar laju. Termengah-mengah bagai tak cukup nafas.

"Sayang nampak lesu. Ada sakit kat mana-mana ke ?"

Diya mengangguk. "Pinggang D lenguh. Tak larat lah nak jalan lama-lama."

"Baby nakal sangat eh ?" Diya memuncung bibir mengiyakan. Sesekali dahinya berkerut menahan senak apabila babynya terlalu lasak sehinggakan kadang-kadang boleh nampak dengan jelas dan ketara perutnya bergerak-gerak.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now