Bab 25

7.5K 312 4
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***


" Ada nampak D tak ?"

"Tadi saya nampak dekat area cafe sana tuh. Tapi sekarang tak tahu ada kat sana lagi ke tak ?"

"Tadi tu berapa minit yang lepas ?"

"Dalam 20 minit macam tu."

Tuan Adam mengangguk sebelum berlalu pergi. Cafe Niarasa yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri ditujui. Sambil-sambil pandangannya meliar ke sekeliling mencari kalau-kalau ada kelibat seseorang yang dicari.

Hampir 5 minit berjalan,langkah Tuan Adam terpasung. Pandangannya tertunak pada seseorang yang sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki. Hatinya mula berkocak melihat kemesraan Diya dan lelaki itu.

Setapak demi setapak dia menghampiri. Dan-dan dia rasa cemburu.

"Saya tahu awak rindu saya kan Ridzwan ? Sampai kita terserempak malam ni.."

"Perasan."

Tuan Adam menarik nafas sebelum mengukir senyuman halus. Langkah diatur menghampiri dua figura itu yang saling bersandar pada sebuah kereta.

"D.."

Gadis itu menoleh. Jelas sekali terpancar riak terkejut sebelum gadis itu beralih pandang sekilas lelaki di sebelahnya. Tangan dihulur dan disambut mesra lelaki tersebut.

"Saya kacau awak ke ?"

Soalnya sekadar berbasa-basi walhal dalam hati rasa cemburu mula menebar di dada. Siapa lelaki ni ? Apa hubungan dia dengan Diya ? Kenapa dia rasa sesuatu ?

Diya tersenyum kelat."Dah nak gerak ke ?"

Tuan Adam mengerling sekilas lelaki di sebelah gadis itu."Lagi 15 minit. Kalau awak ada hal penting dengan kawan awak saya tunggu dekat sana lah."

"Ouh ye ke.."

Diya mendongak memandang lelaki itu. Bibir terukir senyuman halus. Senyuman yang baru hari ni dia nampak. Senyuman itu lain. Senyuman yang berbeza dengan senyuman yang menjadi tatapan hariannya.

Sungguh berbeza !

"Ridzwan. Ada masa kita jumpa lagi ye. Saya gerak dulu."

Tuan Adam menapak mendahului Diya sementara menunggu gadis itu habis berbicara dengan hal rakannya. Pandangan serius terlempar ke hadapan sambil kaki menapak. Pelbagai spekulasi negatif mula meracuni akal fikiran.

"Tuan.."

Tuan Adam menoleh seraya bibir tersenyum kelat. Dia berjalan seiring dengan gadis itu lalu berhenti pada sebuah kereta.

Nafas dihela perlahan."Boleh saya tahu siapa dia ?"

Diya tersenyum. Tetapi senyuman yang diukir itu lain daripada yang lain. Bukan seperti senyuman yang dia nampak dengan lelaki tadi. Hati dia sakit.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now