Bab 8

9.7K 395 0
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Berkira-kira aku sedari tadi semenjak Tuan Adam yang sudah pun menunggu aku di garaj rumah sewa aku 5 minit yang lalu. Jam dinding baru menunjukkan pukul 7:30 pagi. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh lupa yang Tuan Adam ada memberitahuku bahawa pagi ini dia mahu aku berjoging dengan dia. Aku sendiri yang setuju. Tapi sekarang ni aku rasa nak menangis tahu tak.

Sekali lagi aku membelek muka dihadapan cermin. Muka aku hodoh sangat hari ni dengan mata aku yang sembap. Hidung dan bibir aku merah secara natural. Lepas sahaja tanggungjawab baru aku sebagai pendengar luahan hati tak berbayar oleh Ridzwan, aku menangis tak berhenti. Tak adalah sampai teresak-esak. Tu melampau namanya. Mungkin setiap lima saat aku akan menangis. Ya..Aku memang insan yang dilahirkan sebagai hati tisu.

Aku cuba juga menunaikan solat isyak kemudian buat solat sunat sikit minta Allah redakan hati aku yang sememangnya tengah tak betul. Kalau period tu mungkin bolehlah diterima masuk akal. Tapi semuanya baik-baik sahaja. Tu yang problem tu. Bila mood nak menangis memang direct aku akan menangis. I don't know whylah..

Tepat jam pukul 1 pagi. Aku berskype dengan daddy. Mujur daddy tak tidur lagi memandangkan waktu di negara sana masih awal lagi. Tiga jam aku spend time dengan daddy dan tiga jam tu juga aku menangis tak berhenti. Aku luahkan apa yang buat aku menangis. Macam-macam aku cerita. Dan my hero ofcos lah bagi semangat. Daddy try pujuk aku. Kalau daddy dekat depan aku waktu tu,memang aku peluk tak nak lepas. Sebab daddy adalah mummy,dan daddy adalah daddy. Dia ibu,dan dia ayah. Dia pendengar menggantikan arwah mummy.

Akhirnya,aku tertidur kepenatan tanpa lupa off skype dengan daddy. Memang puas dan lega lepas aku lepaskan semuanya dekat daddy. Waaa I miss you lah daddy.

"D! Lama lagi ke?"

Aku tersentak apabila suara Tuan Adam bergema dari luar rumah. Tak adalah kuat sangat sampai boleh mengganggu ketenteraman jiran-jiran tetangga.

Cepat-cepat aku ambil bedak baby johnson yang merupakan bedak kegemaran aku dari kecil. Wangi pun wangi juga. Bolehlah ada feels nak jadi kanak-kanak sikit. Bedak baby johnson aku tepek-tepek kat wajah aku yang betul-betul kelihatan sembap. Aku yakin punyalah orang boleh nampak dengan jelas.

"Diya Dahlia!"

"I'm coming!"

Dalam masa 5 minit,aku berlari macam tak cukup tanah ke muka pintu rumah. Termengah-mengah aku dibuatnya. Lari macam tak cukup tanah! Aku nampak Tuan Adam tersenyum sebelum berdiri dihadapan aku. Dia yang segak berbaju jersey selangor dan berseluar joggerpants hitam.

"Wow..We wear same jerseys."

Aku menunduk memandang pakaian aku. Aahlah aku pun pakai jersey selangor. Aku tersengih. Macam mana aku boleh tergerak nak pakai baju ni? Kalau tahu tadi aku pakai jersey hitam.

"So sweet..." Puji Tuan Adam membuatkan aku tersenyum kecil. Pintu rumah aku kunci sebelum menarik grill dan dimangga.

"Carpool?"

Tuan Adam yang sedang berpeluk tubuh itu tersenyum."Of course lah. Saya yang ajak. Kita pergi sama-sama. Kita balik pun sama-sama."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now