26

266 23 5
                                    

Kerana kau dari Dia

Dan tidak semena, panggilan diputuskan. Mata Aisy terkebil-kebil. Adam cakap apa tadi? datang ambil? Di office?

Aisy pelik. Tidak pernah lagi Adam tawar mahu mengambilnya dari office selama ini.

Ting!

Bunyi pintu lif terbuka kedengaran. Laju Aisy masuk ke dalam lif sambil membuat panggilan sekali lagi kepada Adam. Beberapa saat, Adam menolak panggilannya.

Aisy hela nafas keruh. Tangan menekan butang untuk menuju ke basement. Perlahan kepalanya disandarkan pada dinding lif tersebut.

Sebenarnya, dia sudah rancang mahu ke klinik petang ini. Terpaksalah batalkan niatnya itu. Keluhan dihela. Mahu menghantar mesej kepada Adam tetapi bila mengingatkan yang perbuatannya itu hanya sia-sia saja, Aisy batalkan niat.

Dia bercadang untuk ke klinik pun kerana Naura yang tidak habis memaksanya untuk pergi berjumpa doktor. Kalau ikutkan Aisy, dua tiga hari lagi kurang lah peningnya ini.

Tidak sampai lima minit, pintu lif kembali terbuka. Segera Aisy buka langkah keluar. Basement yang hanya tinggal beberapa buah kereta sahaja iaitu termasuk kereta miliknya sendiri menjadi pemandangannya. Aisy buka langkah pada satu-satunya kerusi batu yang ada di situ. Lalu punggungnya dilabuhkan di situ.

Jika Aisy gerak pulang sendiri dari tadi, pasti sudah suku perjalanan untuk sampai ke rumah. Tubuhnya disandarkan pada badan kerusi.

Harap sangat Adam cepat sampai. Cepat sampai rumah, cepat dia boleh berehat.

Telefon di tangan dibelek-belek oleh Aisy. Sesekali jam di skrin telefon dikerling olehnya sekilas.

Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada mesej yang baharu diterima masuk. Lantas, telefonnya dibuka dan aplikasi whatsapp Aisy tekan. Nama Naura mula naik.

Naura:
Kau dah siap solat?
Dah gerak belum?

Naura sedang menaip sebelum..

Telefonnya bergetar lagi. Mesej baharu diterima masuk lagi.

Naura:
Kepala okay dah?

Aisy senyum nipis. Perlahan tangan dibawa menari-nari di atas papan kekunci sebelum butang send ditekan.

Kepala okay dah? Aisy gelak kecil. Okay apanya, makin menjadi-jadi ada lah. Kepalanya tergeleng perlahan. Kadang kala, Aisy mahu fokus membuat kerja pun tidak tenang kerana kepalanya rajin benar berpusing. Itu tidak cerita waktu rehat pula.

Dan jika Aisy tidak larat mahu turun, Naura lah yang akan tolong belikan makanan untuk Aisy. Seperti tadi. Telefon kembali disimpan ke dalam tas tangan.

Semenjak tadi, kurang jugalah kawannya itu tunjukkan koleksi candy crush miliknya mungkin tak mahu bebankan Aisy yang kerap mengadu pening kepala ni kot. Sebaik! Kalau tak makin pening kepala Aisy melayan. Kalau koleksi tu makin berkurang tak apalah, ni makin bertambah. Aisy geleng kepala.

Setengah jam berlalu, Aisy kerling jam lagi. Keluhan dilepaskan. Kelihatan di luar pun seperti sudah separa senja.

Aisy capai telefon pintarnya. Baru dia mahu mengetik nama Adam untuk membuat panggilan, tiba-tiba satu kereta mewah masuk ke perkarangan basement. Laju Aisy simpan kembali telefon. Dia kenal kereta itu. Kereta Adam.

Sangkutan tas tangan di bahunya, Aisy kemaskan sendiri. Kelihatan dari tempat dia berdiri, ada samar-samar bayang-bayang penumpang di bahagian belakang dan kelihatan seperti kosong pada bahagian sebelah pemandu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now