54

279 24 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Aaira di riba Aisy yang sudah terlena itu, Aisy tepuk perlahan. Adam pula sedang khusyuk menikmati makanan yang sudah tergendala akibat Aaira tadi.

Entah mengapa apabila Aisy mengambil Aaira dari Adam tadi, anaknya itu mula merengek dan menangis. Apabila Aisy memujuk, anaknya itu tertidur pula di riba Aisy.

Teringat pula Aisy sewaktu mereka keluar dengan Abang Hilman hari itu pun Aaira merengek dan tertidur di riba Aisy juga. Agaknya Aaira ni memang suka tidur dekat kedai makan agaknya.

"Aaira dah tidur ke?" mendengar suara Adam yang seperti berbisik, Aisy angkat kepala.

Tergelak Aisy dengan nada suara Adam. Sebelum dia mengangguk kepala sebagai jawapan.

Wajah Adam di hadapannya dipandang. "Cakap je macam biasa. Aaira ni dekat rumah je yang bunyi sikit dah terbangun. Kalau dekat luar, gempa bumi pun dia boleh tertidur. Mengada!"

Lelaki itu ketawa mendengar balasan Aisy. "Susu dah habis?"

Aisy geleng kepala, tangan lagi satunya masih memegang botol susu yang sedang Aaira minum.

"Tinggal sikit lagi" balas Aisy.

Nasib baiklah susu beku yang Aisy bekalkan kepada Adam semalam bersisa satu paket lagi. Boleh juga redakan rengekan Aaira tadi. Itu yang Aaira terus tertidur kerana dapat menyusu.

Mahu beri susu badan, memang nampak tak senonoh dengan Adam walaupun tudung Aisy cukup labuh untuk menutup Aaira yang sedang menyusu badan.

Apabila botol susu Aaira sudah kosong, Aisy jauhkan puting botol dari mulut Aaira lalu meletakkan botol susu tersebut di atas meja. Aaira yang semakin lena dibuai mimpi itu, ditepuk lagi.

Aisy memandang Aaira yang tidur di ribanya. Jarinya bermain-main dengan jari kecil Aaira.

"Terima kasih jagakan Aaira" sebelum wajah Adam itu dipandang.

Adam yang sedang menyuakan makanan ke mulut, terangguk-angguk kepalanya.

"Sama-sama" lelaki itu membalas. Aisy dipandangnya sekilas sebelum dia sambung menjamah makanan.

"Tapi, kau patut terima kasih dekat Alisha juga. Dia yang banyak tolong aku. Dia yang mandikan dan siapkan Aaira. Aku tolong sikit-sikit je"

Berkerut terus dahi Aisy. "Alisha?"

Terus Aisy memandang Adam yang sedang mengangguk kepala itu dengan wajah yang sedikit marah. "Macam mana Alisha boleh tahu? Awak ni memang sengaja kan? Mentang-mentang saya dah bagi kebenaran sikit, macam-macam awak ambil kesempatan!"

Melihat wajah Aisy yang tiba-tiba bertukar marah dan nada suaranya sedikit meninggi, Adam berdehem kecil. Tisu di tepi pinggannya dicapai dan dia mengelap mulutnya sebelum matanya jatuh pada wajah Aisy yang jelas menunjukkan amarahnya.

"Alisha je tahu. Orang lain tak tahu"

Aisy hela nafas lega. Tetapi wajah Adam masih dipandang dengan pandangan yang jelas tak suka. Memang Adam ini sukar untuk dijangka ke apa?

"Awak ni memang suka buat saya sakit hati kan? Adam, awak bagitahu Alisha yang saya tak nak dengar langsung benda yang bukan-bukan dari keluarga awak nanti. Tak kesahlah fasal saya atau Aaira. Bukannya saya tak kenal perangai keluarga awak tu. Nanti ada lah tu yang kata saya gilakan awak pula"

"Ke situ pula"

"Memang lah. Keluarga awak tu bukan betul sangat. Macam-macam fitnah muncul nanti. Awak pun lepas ni tak payahlah jumpa saya lagi. Kalau nak jumpa Aaira, saya izinkan tapi tak boleh kerap sangat"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now