44

304 25 4
                                    

Kerana kau dari Dia

"Adam!!" Aisy seka wajahnya yang basah. Rambutnya yang juga sudah basah kerana dikenakan air kolam oleh Adam, diselit ke belakang. Wajah tak puas hati, Aisy tayang.

Ya! Memang tak puas hati pun! Apatah lagi apabila melihat Adam yang tidak berhenti dari mengertawakannya itu.

Hampir beberapa saat tanpa menunggu masa yang lama untuk balas dendam, Aisy tolak air kolam supaya membasahi lelaki itu pula. Kata orang, jangan simpan dendam lama sangat nanti makin sakit hati.

Dan selepas itu, Adam pula lenjun bersama air. Aisy senyum puas.

Adam jengil mata, buat wajah tidak puas hati. Padahal memang badan lelaki itu sudah basah pun tadi. Lantas, Adam yang separuh berendam di dalam air itu, bangun dan kelihatan seperti mahu mengejar Aisy.

Kejar?

Aisy sudah tidak senang duduk. Kejar dalam kolam ni?

Gila!

Dan apabila Adam mengejar Aisy, laju Aisy lari ke hujung kolam.

"Adam!!Mana boleh lari dalam kolam!" suasana di ruang ini kemudiannya dipenuhi dengan suara gelak tawa dari mereka.

"Kenapa pula?" semakin laju Aisy berlari di dalam kolam apabila Adam seperti semakin menghampirinya. Aisy berlari bersama sisa tawanya. Entah, tiba-tiba Aisy rasa lawak pula.

"Licin. Kalau jatuh maca-"

Sebelum,

Sebelum terjerit kecil Aisy apabila terasa pinggangnya seperti dipaut dari belakang, menandakan tubuhnya berjaya ditangkap oleh Adam daripada belakang. Bingo!

"Dah dapat!" serentak dengan itu, tubuh Aisy ditolak lembut oleh Adam ke dinding kolam. Lembut dan penuh berhati-hati.

Tidak cukup dengan itu, kedudukan mereka yang sudah dekat itu menjadi semakin hampir apabila Adam mendekati Aisy yang sudah tidak boleh lari itu dengan beberapa langkah.

Satu langkah.

Dua langkah.

Sebelum,

Pap! Adam berhenti melangkah apabila perut Aisy sepertinya menjadi penghalang untuk lelaki itu untuk mendekati Aisy lebih dekat.

Adam berdehem. Haruman wangian yang datangnya daripada Aisy, dihirup lembut oleh lelaki itu. Aisy menelan air liur. Macam dah lain dah ni.

"Adam" Aisy tahan suaranya yang sedikit bergetar. Adam mengumam perlahan.

"Tepi sikit. Saya nak naik atas dah ni, dah sejuk"

"Tak boleh" Aisy telan air liurnya lagi. Sejujurnya Aisy juga sedikit gerun dengan kedudukan mereka ini. Betul-betul gerun. Dengan bibir Adam yang tidak lepas senyum..

Seperti senyum gatal?

"A..Adam" lelaki itu mengumam perlahan. "Tepi sikit"

Makin lebar senyuman gedik Adam apabila mendengar perkataan tepi sikit daripada Aisy. Adam mula memandang Aisy dengan pandangan seperti, kenapa? Takut ke?

Aisy jeling lelaki itu.

"Sebelum saya pukul awak, baik awak tepi sikit" balas Aisy, tak lembut dan tak juga kasar.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now