36

387 22 2
                                    

Kerana kau dari Dia

Awal pagi lagi, Alisha dan Nek Tuk sudah sampai ke hospital. Yang berbeza hari ini ialah apabila mereka masuk ke dalam bilik, Aisy sudah berjaga. Nek Tuk senyum sambil mendekati katil.

"Eh, dah bangun?" Aisy balas senyuman Nek Tuk. Dia mengangguk kecil.

"Dah lama ke bangun? Macam mana hari ini?  Okay badan?" bekas berisi makanan yang dibawa dari rumah, Nek Tuk letakkan di atas meja bersama beberapa buah tangan yang lain.

"Lepas subuh tadi Aisy tak boleh tidur. Badan pun rasa makin okay berbanding semalam" Aisy menjawab. Nek Tuk senyum. Aisy pun sudah boleh bercakap seperti biasa. Tak lemah macam semalam.

Hampir sesaat, Aisy mula bangun dari baringannya tetapi bahagian bawah perutnya terasa sakit. Laju Nek Tuk membantu. Bantal milik Aisy ditegakkan supaya dapat Aisy bersandar pada bantal tersebut. Aisy pegang perutnya. Matanya terpejam sekejap.

"Sakit lagi? Selalu ke sakit?" Nek Tuk bertanya. Wajah Nek Tuk bertukar risau.

"Ada turun darah tak?" sambung Nek Tuk. Aisy geleng kepala.

Lantas, keluhan kecil Nek Tuk dilepaskan. "Aisy, Aisy jangan stress sangat ye. Jangan fikir banyak sangat. Dekat hospital ni rehat je. Masalah dekat rumah tu, jangan fikir sangat"

"Sekarang sakit lagi tak?" Nek Tuk menyoal lagi. Aisy di hadapannya yang angguk kepalanya, dipandang risau sebelun dia pandang pula wajah Alisha.

"Alisha, Alisha pergi panggil dok-" Aisy pegang tangan Nek Tuk sebelum dia geleng kepala. Kejap lagi okay lah ni.

"Nek Tuk risau, Aisy. Banyak benda boleh berlaku" Aisy senyum mendengar balasan Nek Tuk itu. "Aisy jangan gerak banyak sangat. Kalau boleh baring je"

Aisy mengangguk faham.

"Nek Tuk, kalau Aisy baring je Nek Tuk pula risau nanti" Alisha menyampuk. Laju Nek Tuk menjeling ke arah Alisha. Aisy ketawa kecil.

"Aisy jangan lupa makan ubat ye. Jangan buat kerja sangat. Kandungan Aisy masih lemah. Kalau boleh elakkan dari buat kerja terus" Aisy sekadar mengangguk kepala.

"Nek Tuk" Aisy memanggil Nek Tuk perlahan.

"Ye sayang"

"Adam sibuk ke dekat office?"

Terdiam Nek Tuk seketika. "Adam? Aisy nak jumpa Adam ke? Nanti Nek Tuk telefon dia ye"

Aisy angguk kepalanya. "Aisy ada benda nak cakap. Tapi..tak apa lah, Nek Tuk. Biar Aisy cuba telefon dia dulu" Pandangan Aisy dialihkan ke arah Alisha.

"Alisha, tolong ambilkan handbag akak dalam almari"

Mendengar itu, Alisha bangun dari kerusi dan dia mendekati almari di hujung bilik. Tas tangan milik Aisy dicapai dan mula bertukar tangan.

Bila Aisy membuka telefonnya selepas lebih seminggu tidak disentuh, berdesup mesej dan panggilan yang tidak dijawab masuk. Dan kebanyakannya panggilan dan mesej yang masuk itu adalah dari Naura.

Aisy mencari nama Adam. Bila sudah jumpa, jarinya menekan pada nama tersebut. Telefon didekatkan pada cuping telinga. Selepas beberapa minit tidak dijawab, panggilan mula masuk ke peti suara.

Aisy cuba sekali lagi. Nama Adam sekali lagi ditekan. Hampir seminit, Aisy jauhkan telefon dari telinga.

"Tak angkat?" lambat-lambat Aisy mengangguk.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora