13

385 30 3
                                    

Kerana kau dari Dia

20 tahun lalu,

"Ayah!!!" budak perempuan berusia 6 tahun itu berlari mendapatkan ayahnya bersama beg galas dibahu. Terkedek-kedek Aisy berlari. Sekarang, tepat pukul 12 tengah hari bermakna sesi persekolahan untuk hari ini telah pun tamat. Encik Ridwan lambai tangan kearah Aisy. Hampir seminit, Aisy dah memeluk kaki ayahnya.

"Belajar apa harini sayang? Makan apa pagi tadi?" kepala Aisy diusap penuh kasih. Memang hampir setiap hari Encik Ridwan bertanya tentang menu sarapan di sekolah. Biasanya Aisy akan jawab bubur nasi, biskut dan..

"Nasi goreng!!" Encik Ridwan ketawa. Melihat keriangan Aisy hari ini suka pula dia. Mereka sudah sampai di motor. Encik Ridwan mengangkat Aisy duduk di tempat duduk belakang. Aisy peluk Encik Ridwan erat-erat.

"Bismillah" usai membaca basmallah, motor tunggangan mereka mula bergerak. Aisy nganga mulut. Sedapnya angin. Eh!

Separuh perjalanan mereka, berjalan dengan lancar. Hanya dipenuhi dengan suara Aisy menyanyi. Sesekali Encik Ridwan betulkan lirik lagu. Masakkan nyanyi lagu rasa sayang pun boleh salah? Dia geleng kepala.

"Ayah" Aisy memanggil. Encik Ridwan menyahut dalam senyap, hanya menanti sambungan dari Aisy saja. Stereng motor pula dipusing tatkala mereka memasuki simpang baharu.

"Cikgu kata tadi kan, kalau kita dah besar nanti kita kena jaga mak ayah kita, betul ke ayah? Habistu Aisy nanti kena jaga ibu dan ayah lah?" soal Aisy. Jelas budak perempuan itu sedang diambang kebinggungan tika ini.

Jeda.

"Ayah kau jawab apa lepastu?" soal Adam. Dia pandang Aisy yang tiba-tiba berhenti bercerita. Mereka sekarang sedang duduk sebelah menyebelah di atas pondok yang bertentangan dengan sungai. Aisy menggeleng dengan senyuman nipis.

"Ayah saya tak sempat nak jawab pun" dihujung ayat, ada satu titis air matanya yang jatuh. Terasa perit dikerongkong suara. Adam masih memandang Aisy.

"Bila kami bertembung dengan lori, saya tercampak dekat bahu jalan. Masa tu kan Adam..saya harap sangat Allah boleh berikan saya peluang untuk melihat ayah saya. Tapi sangkaan saya meleset bila saya sebenarnya tak sempat pun tengok ayah saya masa tu" air matanya diseka laju. Dia mendongakkan kepala. Menghalang kuat air mata dari terus mengalir jatuh. Adam setia memasang telinga.

"Saya gagahkan diri untuk bangun walaupun kaki saya sakit sangat masa itu. Bila saya bangun, benda pertama yang saya cari, ayah. Tapi bila saya cari, saya tak nampak langsung ayah saya. Dengan umur saya enam tahun, tipu saya tak rasa nak menangis, kan? Tapi.. lagi saya rasa nak menangis bila saya jumpa ayah saya. Awak tahu dia dekat mana Adam?" pandangannya mula mengabur. Bila Aisy pejam mata sesaat, air mata mengalir lagi.

"Dia ada dekat bawah lori. Walaupun banyak darah dekat jalan masa tu, saya tetap menidakkan andaian dalam kepala saya. Satu saja harapan saya masa tu...yang itu bukan ayah saya. Tapi Allah dah tetapkan takdir, kan? Dah tertulis disana yang ayah saya meninggal sebab kena gilis lori"

Aisy tarik nafas dalam-dalam sebelum dia lerotkan senyuman nipis. Tak lama dengan itu, dia menyambung bercerita.

"Lepas sepuluh tahun, ibu saya kahwin baru. Saya hormat dengan keputusan ibu. Ye lah, bukan senang nak besarkan saya seorang diri tanpa suami di sisi, kan? Tak lama lepastu, Iman pun lahir. Tapi tak macam bayi lain, Iman autism. Mula-mula, ibu saya susah nak terima hakikat tapi lepas pak cik pujuk baru ibu okay sikit. Genap setahun umur Iman, pak cik pun meninggal dunia sebab sesak nafas"

Adam senyap. Dia langsung tak sangka Aisy pernah alami benda yang sukar dalam hidup. Aisy angkat kepala bila terasa bahunya disentuh.

"Sorry, aku tak tahu pasal itu"

•••••

Pili air ditutup rapat sebelum dia mengelap tangannya yang basah pada tuala yang setia tergantung di peti sejuk. Aisy kemudiannya membuntuti Ibu ke ruang tamu. Iman dan Adam juga ada di situ. Aisy labuhkan punggungnya di sebelah iman. Televisyen yang menayangkan perlawanan bola sepak dipandang bersahaja. Sejujurnya memang dia langsung tak faham kenapa kaum lelaki minat sangat dengan bola.

Telefon yang berada digengamannya bergetar. Bertalu-talu notifikasi baharu masuk menerjah. Aisy angkat telefon melihat nama pengirim mesej. Naura. Tak menunggu lama, Aisy buka mesej dari kawan baiknya itu dan membalas. Laju dia menekan huruf-huruf pada skrin telefon bimbitnya. Bila siap menaip, Aisy tekan butang hantar. Tergelak-gelak dia bila Naura buat lawak.

"Bila hang balik kolumpur, Aisy?" suara Puan Roziah menyoal menyentakkan Aisy yang sedang bermain telefon. Lantas, Iphone miliknya diletakkan ketepi sebelum tumpuan Aisy sepenuhnya kearah Ibu. Aisy tarik sengih. Dipandang Adam yang ligat menonton televisyen. Kalau boss approve cuti apa salahnya kan? Aisy ikut saja.

Adam capai telefon miliknya yang berada diatas meja kopi. Aisy lihat Adam sibuk menekan sesuatu pada skrin telefon. Hampir seminit, Adam pandang Aisy semula.

"Jadual aku penuh hari Isnin. So, kita balik esok pagi lah"

"Kitaorang balik esok pagi lah ibu sebab Adam sibuk hari isnin"

"Dok lama sikit sini tak boleh ka? Pasai kami sunyi ja berdua sini. Hang pun bukan selalu balik, Aisy. Bawak kereta jauh-jauh takkan dua hari aje dekat sini. Ada hangpa dua dekat sini riuh sikit rumah ni. Lagipun esok tengah hari ada kenduri dekat rumah Mak Ngah. Esok pagi ada rewang, boleh hangpa dua ikut sekali. Sepupu nak kahwin, tak sedap kalau hang pi balik kolumpur" ibu menanggaah.

Aisy garu belakang. Rasa bersalah pula dengan Mak Ngah. Dia hampir terlupa tentang itu sebenarnya. Adam dipandang lagi. Tapi kali ini dengan pandangan seakan-akan minta lelaki itu membuka mulut.

Faham dengan itu, Adam capai Iphone 11 Pro nya kembali. Hampir lima minit, Adam letak kembali telefonnya. Puan Roziah dipandang.

"Kami balik selasa pagi lah, mak cik"

"Meeting awak?"

"Aku dah mesej Aeiya suruh cancel kan semua meeting"

Ibu mengangguk-angguk kepala.

Tbc
160520

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now