50

302 22 5
                                    

Kerana kau dari Dia

"Mama!!" suara Aaira menjerit membuatkan Aisy yang sedang membelek barang dapur teralih perhatian seketika. Hujung baju Aisy terasa ditarik-tarik dari bawah. Lantas, Aisy jatuhkan pandangan pada si kecil yang juga sedang memandangnya.

"Ye sayang" Aisy menyoal.

Dahinya diangjat tinggi apabila melihat Aaira yang memandangnya bersama kerutan di dahi. Tangan gebu si kecil itu menunjuk-nunjuk pada deretan coklat. Dan entah ke berapa kali untuk hari ini, Aisy pincing mata lagi ke arah anaknya. Ini kali ke-sepuluh Aaira menunjuk pada deretan coklat itu walaupun telah dilarang beberapa kali oleh Aisy.

"Oleyh lah, Mama. Nak catu" seperti tahu jawapan Mamanya, Aaira membalas. Bibirnya dicebikkan.

Aisy geleng kepala, berkeras. "Aaira bukan makan pun. Tak boleh. Nanti Mama juga yang habiskan nanti"

Coklat yang sudah Aaira capai dan dimasukkan ke dalam troli itu, Aisy ambil kembali dan diletakkan pada tempat asalnya.

Memang benar, Aaira bukan makan pun. Cuma makan satu atau dua gigitan saja dan kemudian beri kepada Aisy semula. Setiap kali Aisy belikan coklat, setiap kali itu juga Aaira buat perangai yang sama.

Aisy kembali membelek barangan dapur. Lama Aaira senyap sebelum Aisy mengeluh perlahan. Merajuk!

Akhirnya Aisy kembali capai coklat tadi dan dimasukkan ke dalam troli kembali. Kalah dengan wajah kesian Aaira. Mulut Aaira yang dimuncungkan itu, dijentik lembut oleh Aisy. Ketawa kecil Aaira. Kalau tak makan, siaplah.

Aaira senyum suka sebelum beberapa saat selepas itu Aaira kemudiannya menunjuk ke arah rak lain pula. Satu lagi coklat diangkat dan ditunjuk kepada Mamanya. Aisy geleng kepala.

"Tadi kata satu je kan?" Aisy menyoal. Aaira didekati. Hari ini sengaja Aisy tidak dudukkan Aaira pada troli seperti selalu. Tidak sangka pula anaknya itu berlari dan memilih sendiri apa yang disukanya. Aktif pula jadinya.

Lagipun Aaira lebih suka berjalan dan berdukung berbanding duduk di troli. Kalau Aisy dudukkan Aaira pada kerusi troli pun memang kebiasaannya anaknya itu akan merengek ingin turun.

"Ni untuk Mama" balas Aaira. Tergeleng kepala Aisy mendengar jawapan Aaira. Malas mahu panjangkan cerita, Aisy sambut saja huluran tangan anaknya sebelum coklat itu dimasukkan ke dalam troli. Ikut sajalah. Walaupun Aisy tahu yang tadi pun bakal dia punya juga.

Lantas, tubuh Aaira diangkat ke dalam dukungannya. Aisy menolak troli untuk ke tempat barangan basah. Memang tujuan pertama ke sini mahu membeli barangan basah.

Sampai saja di tempat ikan, Aisy turunkan Aaira dari dukungannya semula. Ikan-ikan yang segar mula dipilih dan dimasukkan ke dalam plastik. Cukup empat ekor ikan, Aisy masukkan plastik tadi ke dalam troli.

Seterusnya, Aisy memilih sotong pula. Sotong yang segar dimasukkan ke dalam plastik sebelum diletak di dalam troli bersama-sama ikan tadi.

Aaira di sebelah hanya mengikut saja Mamanya sambil tangan tidak lepas memegang hujung baju Aisy dari belakang. Aisy sorok senyum.

"Aaira okay ke?" Aisy memandang anaknya sebelum dia menyoal lagi. "Ke nak duduk dalam troli?"

Aaira geleng kepala. Dan Aisy sudah dapat mengagak jawapan anaknya itu. Macam Aisy kata tadilah, Aaira memang tidak suka duduk di dalam troli. Tetapi cuma Aisy bimbang dia tidak dapat mengawal Aaira saja.

Selesai dengan barangan basah, kawasan sayur-sayuran pula didekati. Aisy pilih sayur brokoli. Memang ini adalah antara sayur wajib Aaira. Jika Aisy hidang brokoli rebus kepada Aaira pun anaknya itu boleh habis sendiri tanpa tolak kembali kepada Aisy.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now