16

291 23 4
                                    

Kerana kau dari Dia

"Kami balik dulu, ibu" tangan tua milik Puan Roziah disalam sebelum beg bagasinya disumbatkan ke dalam bonet kereta. Lantas, Adam yang berada di situ terus menutup bonet kereta.

Aisy kemudiannya buka langkah ke arah pintu sebelah pemandu. Sudah berura-ura mahu masuk ke perut kereta. Tiba-tiba terasa pinggangnya direntap dan dipeluk. Aisy tersentak. Lambat-lambat, Aisy tundukkan pandangan.

Iman!

Aisy loret senyum. Tangannya mengusap lembut kepala Iman.

"Jaga ibu. Jangan nakal-nakal" Iman mengangguk laju. Hampir seminit begitu, Aisy leraikan pelukan Iman pada pinggangnya tapi laju Iman kuatkan kembali pelukan itu.

"Kakak balik agi tak minggu depan?" Iman angkat kepala menyoal. Aisy diam.

Soalan Iman itu entah kenapa seakan-akan menjerut lehernya. Barangkali kerana kebelakangan ini, Aisy jarang balik ke kampung. Jika dahulu sebelum dia terikat dengan Adam, hampir setiap minggu dia balik ke sini, menjenguk adik dan ibunya. Tapi..

Melihat kakaknya diam, makin Iman kuatkan pelukan. Aisy tersentak. Iman angkat kepala dengan mata yang jelas kemerahan. Ada air jernih bertakung di tubirnya. Iman kemudiannya menghentakkan kaki pada tanah, tanda protes.

"Nanti Iman indu kakak" Iman sembapkan muka. Mendengar itu, Aisy senyum nipis. Pandangannya yang sangat jelas tadi entah kenapa mula mengabur. Aisy tahan air mata dari jatuh.

Kenapa..
Kenapa dia mahu menangis sekarang ini?

Soalan dan jawapan Iman tadi begitu kedengaran seakan-akan menjauh hati dengannya. Aisy tarik nafas dalam-dalam.

Kenapa..
Kenapa dia rasa tidak sedap hati.

Ini bukan yang terakhir, kan?

Tiba-tiba terasa dadanya sesak. Anak tekaknya terasa perit dikerongkong.

Kau merepek apa ini, Aisy?

"Kakak!!" Iman sudah menghentak-hentak kaki. Aisy tersedar lekas menenangkan adiknya. Air mata Iman yang jatuh, laju diseka. Aisy senyum nipis.

"Selepas ini kan kakak balik lagi. Kenapa sedih-sedih ni?" Aisy bertanya.

"Iman..Iman takut kalau kakak dah tak alik dah" mendengar itu, Aisy tahan hati. Perlahan-lahan dia rendahkan tubuhnya ke bawah. Pelukan adiknya dibalas kembali, erat.

"Kenapa Iman cakap macam itu, hm?" Aisy merenung adiknya. Lalu, Iman angkat bahu. Aisy hela nafas.

"Iman.. kalau Iman rindu kakak, Iman call je kakak, okay?" Aisy menjawab. Mengharapkan adiknya akan tenang selepas ini.

"Tapi Iman nak jumpa kakak depan-depan" laju Iman menjawab. Tersedu-sedu budak yang mengenakan baju biru itu menangis.

Aisy pandang Iman, lama sebelum kedua belah pipi Iman diciumnya. "Sayang Iman. Okay, akak janji nanti akak balik lagi"

"Janji?" jari kelingkingnya disua kearah kakaknya.

Aisy senyum sebelum menyua kembali jari kelingkingnya. Pinky promise. Pipi Iman dicium sekali lagi.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now