69

181 13 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Selesai menyusu dan menidurkan Aaira, Aisy mula keluar dari biliknya. Rambut panjang Aisy yang tadinya jatuh, kini sudah diikat satu sebelum kakinya mula melangkah ke arah dapur.

Tidurkan Aaira pun sudah ambil masa dua puluh minit.

Spontan kepala Aisy tergeleng apabila teringat akan karenah anaknya itu. Tadi sewaktu Aisy beri susu pun, si kecil itu boleh lagi segar mata. Nak sambung main lagi.

Padahal bukannya Aisy tidak tahu mata sudah mengantuk tetapi sengaja si kecil itu tahan matanya dari tertidur. Mahu sambung main dan sepahkan rumah dengan Iman.

Kaki Aisy masih melangkah. Dari jauh lagi sudah dapat Aisy dengar bunyi-bunyi kecil dari dapur yang datangnya daripada Ibu yang sedang mengemas dapur, memandangkan mereka semua baru sahaja selesai makan malam.

"Ibu rehatlah. Biar Aisy yang kemas"

Aisy mendekati sinki yang sudah penuh dengan pinggan kotor itu. Lantas, lengan bajunya disinsingkan sebelum dia mulakan kerja mencuci. Sesekali pili air dibuka untuk membersihkan pinggan.

"Takpa lah, Aisy. Biarlah pinggan tu. Ibu boleh ja basuh sendiri. Kakak pi lah tengokkan Aaira" Ibu bersama beberapa pinggan kotor di tangan, bersuara.

Wanita tua itu sudah pun berada di sebelah Aisy, sudah bersedia untuk mencuci pinggan.

"Tak apa, Ibu rehatlah pula. Aaira pun dah lena tidur dalam bilik. Aisy okey" Aisy membalas. Tangannya tidak lepas dari membasuh. Wajah Ibu di sebelah dipandang sekilas. Dia senyum.

Mendengar itu, Ibu angguk kepala kecil. Ibu meletakkan pinggan yang kotor di tangannya ke dalam sinki sebelum wanita itu kemudiannya mendapatkan kerusi meja makan yang tidak jauh dengan sinki dan melabuhkan punggung di situ. Tubuhnya dihadapkan ke arah Aisy yang sedang berada di sinki itu.

"Hang penat perjalanan jauh tadi. Pi lah tidoq. Ibu boleh ja buat. Hang tu penat pun belum hilang lagi"

"Aisy okey. Lagipun bukan banyak pun pinggan tadi. Ini pun dah nak habis basuh dah" Aisy menjawab.

Memang benar pun, hanya tinggal satu pinggan saja yang belum Aisy basuh. Yang lain, sudah bersih Aisy basuh.

Hampir sesaat, pili air dipusingkan untuk tutup sebelum apron di badannya dibuka dan digantung pada tempat asal. Kemudian, tangan yang basah pula dilapkan pada tuala kering yang tergantung elok di pintu peti sejuk. Aisy mula mendekati Ibu di meja makan.

"Ibu mengantuk ke? Kalau Ibu mengantuk, Ibu tidur lah dulu. Aisy nak kemas depan dulu" lebih tepat lagi, kemas ruang tamu yang sudah bersepah itu. Semuanya angkara Aaira dan Iman.

Habis semua kuisyen sofa mereka sepahkan. Itu belum cerita lagi tentang remote televisyen yang tiba-tiba saja hilang dari radar. Pasu bunga mini Ibu yang Ibu hiaskan di meja kopi pun hampir pecah tadi disebabkan Aaira yang tiba-tiba tarik alas meja tersebut. Nasib baik Aisy perasan dan terus alihkan pasu bunga tersebut di tempat yang lebih tinggi.

Lari-lari, berkejar-kejaran dengan Iman. Rasanya Aisy yang tengok Aaira berlari pun sudah rasa penat. Setiap kali balik ke kampung Aaira memang begini, terus tak tahu erti tidur dan penat. Kalau boleh si kecil itu mahu main sepanjang masa sehinggakan Aisy yang perlu usaha lebih sedikit untuk tidurkan si kecil itu. Seperti tadi. Itu yang hampir setengah jam dia ambil masa untuk tidurkan Aaira.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now