68

167 15 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Pejam celik dan hari jumaat pun tiba.

Hari ini merupakan hari jumaat. Hari yang mana kalau boleh memang Aisy tak nak tempuh langsung. Tetapi entah mengapa, semakin dia rasa tak mahu tempuh, semakin begitu cepat masa berlalu. Apa yang Aisy patut rasa sekarang? Entahlah. Nak takut, tapi dia sedar yang walau dia tidak suka sekalipun, hari ini akan tiba juga nanti.

Dan ya, Aisy bersetuju untuk ditemani oleh Alisha hari ini. Walaupun Aisy tahu yang mereka berdua akan dibelenggu rasa janggal sekejap lagi tetapi selepas berfikir panjang, Aisy rasa itulah yang terbaik daripada dia buat dosa, culik Naura daripada Zhafran pula.

Aisy dan Adam memilih untuk bekerja separuh hari saja hari ini. Mengikut perancangan dia bersama Adam, mereka akan mula bergerak ke kampung selepas selesai lelaki itu solat jumaat.  Dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul dua dua puluh minit petang. Rasanya solat jumaat sudah selesai.

Aaira yang sedang tidur di atas katil itu, Aisy biarkan seketika. Bagasi bersaiz kecil yang diisi penuh olehnya dengan pakaian dia dan Aaira itu ditolak ke hadapan pintu rumahnya sebelum pintu rumah dikuak dan dia mula mendekati kereta.

Dalam hati sudah lega dan bersyukur kerana Aaira sedang tidur sekarang ini. Jadi boleh tenang sikit Aisy buat kerja 'kemas barang balik kampung' hari ini. Jika ada Aaira, memang semua kerja tak menjadi dan ada saja yang tak kena.

Macam sebelum ini, bila Aisy mahu menyusun baju, Aaira sekali ikut menyibuk mahu menyusun baju juga. Kalau menyusun betul-betul tak apa lah. Ini tidak, si kecil itu lebih kepada mahu sepahkan saja.

Aisy senyum nipis. Rindu pula dengan si kecil itu.

Baru dia berura-ura mahu mengangkat masuk bagasinya ke dalam bonet keretanya, tiba-tiba satu kereta yang cukup Aisy kenal mula berhenti benar-benar di hadapan rumahnya.

Dan kereta itu adalah kereta Adam. Terbit senyuman manis di bibir Aisy sebelum kakinya mula melangkah membuka pintu pagar yang berkunci itu.

"Kau dengan Aaira dah bersiap?" keluar saja dari perut kereta, lelaki itu terus mendekati Aisy.

Bibir Aisy tersengih kecil memandang lelaki itu. Sengih bersama bibirnya yang hampir tersenyum sendiri melihat pakaian Adam hari ini.

Baju melayu teluk belanga dikenakan bersama dengan seluar hitam. Dalam hati sudah memuji-muji keindahan ciptaan tuhan yang satu ini. Mungkin pakaian solat jumaat tadi. Baju melayu tersebut terletak elok di tubuh lelaki itu. Terserlah jelas dada bidang milik Adam dan lekuk dadanya. Adam kelihatan sangat segak.

"Kau dengan Aaira dah bersiap?" soalan itu, buat lamunan Aisy lenyap. Adam sudah pun berada di hadapannya.

"Saya dengan Aaira? Oh, dah" lambat Aisy menjawab!

Adam senyum.

"Aaira mana, sayang?" lelaki itu mengintai sedikit ke dalam rumah.

Tiada pula Aaira. Biasanya suara si kecil itulah suara pertama sekali dia akan dengar bila sampai di rumah ini. Sunyi pula kali ini.

"Aaira tidur" Aisy menjawab.

"Tidur" terangguk kepala Adam.

Wajah Aisy di hadapannya dipandang. "Kau macam mana, sayang? Okay tak, nak drive jauh-jauh ni? Kalau penat, Alisha boleh drive dulu. Kau boleh tidur sekejap"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now