67

174 14 1
                                    

Kerana kau dari Dia

"Best tak honeymoon?" Aisy menyoal Naura yang berada di hadapannya itu. Air fresh orange miliknya yang hanya tinggal separuh itu, disedut olehnya perlahan. Kurang manis tetapi masih sedap seperti selalu.

Sekarang ini mereka sedang menghabiskan masa rehat di salah satu kedai makan yang berdekatan dengan pejabat. Hanya berbaki dua puluh minit saja lagi sebelum masa rehat berakhir.

Jadi memandangkan dari kedai ini ke pejabat pun hanya mengambil masa lima minit sahaja, itu yang sengaja mereka berada di kedai ini lama sedikit. Duduk di pejabat pun bosan juga.

Mendengar soalan Aisy, Naura angkat kepala. Pinggan yang sudah licin ditolak ke tepi sebelum wajah Aisy dipandang dengan sengihan kecil.

Apa yang Aisy perasan, muka Naura lebih berseri-seri kebelakangan ini. Nampak lebih ceria dan bahagia. Datang kerja pun dah tak lagi bawa kereta sendiri. Suami hantarkan terus ke depan pintu lobi. Aisy yang tengok pun sekali cair.

"Best sangat, Aisy. Dekat Korea memang banyak pemandangan yang cantik. Tempat-tempat yang cantik pun banyak. Sesuai sangat kalau nak tangkap gambar buat kenangan. Makanan halal pun tak susah sangat nak cari. Sesuai kalau kau nak pergi honeymoon dengan Adam nanti" Naura menjawab. Terangguk kepala Aisy.

"Asyik tanya fasal aku je dari tadi. Kau dengan Adam macam mana pula?" Naura angkat kening, menyoal. Air chocolate di gelasnya, disedut menggunakan straw. Wajah Aisy dipandang.

Memang dari tadi Aisy hanya bertanya fasal Naura dan Zhafran saja. Dari mula makan sampailah mereka sudah habis makan, semuanya tentang Naura dan Zhafran. Satu pun tiada tentang Aisy dan Adam.

"Okay" Aisy jawab bersahaja. Air di gelasnya disedut lagi.

"Okay je? Bila kauorang nak kahwin? Aku pun nak rasa nasi minyak kauorang jugak" Naura membalas.

Mendengar saja perkataan kahwin, Aisy angkat bahu. Bibirnya sekadar senyum nipis.

"Tak tahu lagi" Aisy menjawab.

Terangguk kepala Naura. "Belum plan lagi ke?"

"Entahlah, Naura"

"Lah, kau dengan Adam tengah bergaduh ke apa ni?" Naura tayang wajah pelik. Dahinya berkerut. Biasanya kemain bersemangat Aisy jika sebut fasal kahwin tetapi kali ini muka sedih pula yang ditayang.

"Kau berdua ada masalah ke?" Naura menyoal lagi sebelum tidak lama selepas itu, Aisy geleng kepala.

"Habis tu?" dahi Naura sudah berlapis.

"Bukan kami yang tak okay tapi Ibu aku yang macam tak okay"

"Ibu?" soal Naura, terkejut.

Aisy mengeluh lagi. Kepalanya dianggukkan. Jarinya bermain-main dengan straw di gelas. Nak cerita, tapi tak tahu mahu mula dari mana.

"Apa masalahnya? Kenapa dengan Ibu?" Naura menyoal.

"Tak ada apa-apa masalah pun, cuma.."

"Cuma?"

"Cuma semalam, aku ada telefon Ibu" terangguk kepala Naura.

"Lepas itu, Ibu macam tak bagi aku kahwin dengan Adam"

Membulat mata Naura. Terus duduknya dibetulkan. Wajahnya didekatkan dengan Aisy. "Serius lah? Ibu cakap apa?"

"Ibu ada tanya aku semalam, tak ada orang lain dah ke?" nafas panjang Aisy tarik. Tiba-tiba rasa sedih mengingatkan kembali perbualan dia bersama Ibu malam tadi.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now