62

185 14 1
                                    

Kerana kau dari Dia

"Papa!!" belum sempat Aisy buka pagar, tapi laju saja si kecil itu berlari ke arah pintu sebelum Aaira mula berlari mendapatkan Aisy untuk menyuruh Mamanya itu membukakan pintu pagar rumah yang terkunci.

"Sekejap, Aaira. Mama nak pakai tudung dulu" Aisy senyum kecil apabila melihat Adam yang setia menunggu di hadapan pagar sebelum lantas, kakinya dibawa menuju ke arah bilik dan mencapai tudungnya di hujung katil.

Hari ini adalah hari minggu dan Adam pula tiba-tiba saja datang mengejut. Aisy sangkakan bahawa Adam tidak datang hari ini kerana kebiasaannya jika mahu datang, lelaki itu akan mesej terlebih dahulu tetapi hari ini tiada pula.

Selesai menyarungkan tudung pada kepala, Aisy kembali keluar dari biliknya. Aaira yang sedang melompat-lompat suka itu, Aisy bawakan ke dalam dukungannya sebelum mereka mula keluar dari rumah dan mendekati Adam di pagar.

"Papa!! Aaira winduww!!" dari jauh Aaira sudah menjerit suka. Tergelak Aisy. Rindu lah sangat, padahal baru saja semalam jumpa Adam.

Aisy senyum kecil.

"Iya, Papa pun rindu jugak" Adam seperti biasa, melayan saja karenah si kecil itu.

Aaira di dukungan Aisy mula bertukar tangan sebelum laju saja leher Adam dipeluk oleh anaknya itu. Aaira kemudiannya sembamkan wajahnya di belakang Adam.

Manakala Aisy pula mula betulkan tudungnya yang sedikit tunggang langgang akibat Aaira tadi. Memang jika dukung Aaira, memang begini. Kadang kala jika Aaira bergerak sedikit pun sudah berjaya buat tudung Aisy senget.

"Cantiknya. Bakal isteri siapa ni?" Aisy angkat kepala memandang Adam yang memujinya. Dan rupanya mata lelaki itu dari tadi tidak lepas dari memandang tingkah lakunya.

Tergelak Aisy. "Puji lebih-lebih nampak"

"Betul lah. Simple macam ni pun dah cantik. Orang cantik memang pakai apa-apa pun akan cantik ke?" Adam memuji lagi. Dan kali ini membuatkan senyuman Aisy yang sudah lebar tadi menjadi semakin lebar lagi. Mengada kuasa dua.

Adam memang suka buat Aisy seperti berada di awangan begini.

"Kau dah makan?" Adam menyoal. Wajahnya ceria memandang Aisy.

Laju Aisy geleng kepala. "Belum"

"Okay, ada alasan" Adam sengih. "Sayang. Jom kita keluar nak tak?" keningnya diangkat tinggi.

"Keluar?" laju lelaki itu angguk kepalanya sebelum Aisy mula tayang wajah bersalahnya.

"Adam, saya bukan tak nak keluar. Kalau ikutkan hati saya ni, nak je saya keluar setiap hari. Tapi.." Adam sudah tayang wajah hampanya apabila ajakannya seperti ditolak. Aisy menyambung lagi.

"Tapi, tak manis kalau kita asyik keluar macam ni. Nanti lepas kahwin, kita keluar hari-hari, okay?" lembut Aisy menolak ajakan lelaki itu.

Bila melihat Adam masih tayang wajah kesiannya, Aisy mengeluh kecil.

"Ye lah. Kita nak keluar pergi mana?" Aisy menyoal. Laju wajah Adam bersinar.

Sempat lelaki itu membetulkan dukungan Aaira sebelum kembali memandang Aisy. "Kau nak pergi mana? Kalau kita jalan-jalan lepastu makan. Okay tak?"

"Tapi saya baru lepas siap masak"

•••••

"Sedapnya" Aisy tergelak kecil. Masuk kali ini sudah masuk kali yang ke sepuluh pujian yang telah Aisy terima. Sedap, sedap dan sedap! Ah, tengok Adam makan dengan penuh selera seperti ini pun sudah berjaya membuat Aisy kenyang sekali.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now