38

338 20 2
                                    

Kerana kau dari Dia

Mati saja enjin keretanya, mata Aisy mula meliar ke arah luar tingkap. Hampir sesaat, mata milik Aisy sudah menangkap figura Naura yang elok mengenakan baju sukan di tubuh. Gadis itu juga kelihatan seperti sedang menunggunya.

Aisy capai tas tangannya di kerusi sebelah. Tak tunggu lama, terus Aisy keluar dari perut kereta dan menghampiri Naura yang tidak jauh darinya.

Cerita tentang Naura yang memakai baju sukan, Aisy pun tidak tahu mimpi apa Naura semalam sampai ajak dia keluar berjogging hari ini. Walaupun petang ini mood rajin Aisy sebenarnya tiba-tiba saja hilang dari radar, tetapi terpaksa juga lah Aisy turuti Naura untuk menemani gadis itu berjogging petang ini.

Naura kata teman dia jogging hari ini akan jadi upah tolong kemas barang dekat office nanti. Spontan mata Aisy terguling sendiri. Main tipu!

Sampai saja pada Naura, Aisy sengih. Wajah Naura yang sedikit berkerut dijadikan pemandangannya.

"Dah lama ke tunggu?"

"Boleh tahan" dan apabila mendengar jawapan Naura, Aisy sengih kecil lagi. Dia sengaja keluar rumah lambat sedikit tadi. Macam Aisy kata tadi, mood rajin dia tiba-tiba hilang dari radar.

"Aisy" Naura memandang Aisy atas dan bawah. "Sekejap...kau dah berapa bulan?"

"Kenapa?" terangkat kening Aisy. Hampir sesaat, Naura mula tayang wajah terujanya.

"Dah ada baby bump lah! Wah! Comelnya!!" mendengar balasan Naura, bibir Aisy terus loret senyuman kecil. Kepalanya diangguk kecil, mengiyakan bicara Naura. Baju dia pun banyak yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Bila Aisy mengusap perutnya, semakin kelihatan baby bump tersebut. Wajah Naura semakin teruja. Naura sambung lagi.

"Ini baru tiga minggu tak jumpa, tahu tahu dah ada baby bump. Ni kalau tak jumpa tiga bulan, terus bersalin agaknya. Doktor cakap apa hari itu? Baby sihat tak?" mereka berdua melabuhkan punggung pada salah satu kerusi yang tersedia.

Aisy angguk kepala sambil bibirnya senyum kecil. "Sihat Alhamdulillah. Kalau tak, tak adanya aku drive sendiri ke sini. Boleh tahan jauh jugak dari rumah aku. Banyak kereta pulak tu tadi. Lagipun dah pandai bergusti dah dia dalam ni. Malam-malam pun aku susah nak tidur dah sebab baby asyik menendang je"

"Bergusti?" terhambur ketawa Naura. "Tak sabarnya. mesti comel bila keluar nanti"

"Mestilah! Comel ikut mama dia"

Spontan Naura gulingkan biji matanya. Mula lah tu perangai angkat bakul sendiri Aisy datang balik. Naura buat muka geli kepada Aisy. Meletus ketawa Aisy.

Selepas beberapa minit mereka begitu, Naura memandang Aisy kembali. Dia bangun dari duduknya.

"Jom cari makanan"

"Makanan?" Aisy sudah berkerut dahi. "Kau cakap apa dengan aku pagi tadi? Nak jogging kan? Kenapa tiba-tiba nak makan pula ni. Kau sebenarnya nak buang masa aku kan, Naura?"

Naura sengih. "Bukan lah! Jangan tanya banyak soalan, boleh tak? Jom aje lah, boleh ambil tenaga sebelum jogging nanti"

Naura makin tarik tangan Aisy, memaksa wanita itu untuk bangun.

"Sekejap" Aisy tahan Naura. "Tak nak lah! Kau nak kuruskan badan ke nak gemukkan badan ni? Mana ada orang makan sebelum jogging"

"Siapa kata aku nak kuruskan badan? Aku dah kurus okay! Dah cantik dah! Buat apa nak kurus lagi"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now