24

264 26 6
                                    

Kerana kau dari Dia

Malam ini, Aisy dan Nek Tuk sama-sama memasak di dapur. Sementara Aisy menyiang ikan dan ayam, Nek Tuk ambil alih untuk memotong apa yang patut. Bahan-bahan semua Adam sudah beli pada petang tadi. Kiranya sekarang ini, semua bahan ada dan cukup untuk kegunaan malam ini.

Mereka masing-masing membantu antara satu sama lain. Aisy juga sangat senang dengan Nek Tuk yang kelihatannya tidak banyak songeh dalam memasak.

Alisha? Entah, Aisy pun tidak tahu gadis itu di mana. Mungkin ada di depan menonton televisyen bersama Adam.

"Nek Tuk, kalau Nek Tuk penat pergilah rehat dekat depan. Aisy boleh je masak seorang diri. Nanti kalau dah siap Aisy panggil ye?" wajah Nek Tuk di sebelahnya dipandang sekilas sebelum kembali memfokuskan pada kerjanya di depan.

Aisy bukan apa, dia kasihan melihat Nek Tuk yang jauh datang dari rumah papa. Tetapi alih-alih terpaksa mengikut dia memasak sekali. Walaupun hakikatnya idea untuk memasak malam ini datangnya dari Nek Tuk, tapi Aisy tidak kesah. Dia boleh sahaja masak seorang diri.

Nek Tuk menggeleng kepala. "Tak apa, Nek Tuk dah biasa macam ini. Kalau dekat rumah papa pun, Nek Tuk tolong Bik Yah masak. Lama-lama dah terbiasa, jadi lain pula kalau tak tolong ke dapur"

Aisy hanya senyum kecil.

Jika dikira balik sudah lama jugalah Aisy tidak masuk ke dapur. Sejak pindah ke rumah ini, dia langsung tidak memasak. Jika dahulu, masa di rumah sewa rajin jugalah dia masak untuk sarapan dan bekalan ke office. Atau kadang-kadang Naura yang mengidam itu ini dan menyuruh Aisy yang masakkan.

Memandangkan kawan baiknya itu kalau bab memasak memang kecundang tapi kalau bab merancang makanan memang nombor satu. Aisy geleng kepala. Eh, tiba-tiba termengata Naura pula. Tarik balik! Tarik balik!

"Nek Tuk tak sabar mahu rasa masakan kamu sebenarnya, Aisy" bahu Aisy ditepuk perlahan dari belakang. "Mesti sedap, kan?"

Mendengar itu, Aisy yang sedang membersihkan ikan, loret sengih. Sedap? Belum rasa lagi, Nek Tuk sudah memuji.

Bukan sekali ini saja tapi dari tadi tidak habis Nek Tuk meluahkan rasa tidak sabarnya untuk merasa masakan Aisy. Tidak habis memuji cara Aisy yang tidak kekok ketika memasak. Aisy geleng kepala sambil masih lekat senyuman di bibir manisnya.

"Aisy masak biasa je, Nek Tuk" siap membersihkan ayam dan ikan, Aisy mengasingkan kedua itu ke dalam mangkuk yang berlainan.

Mangkuk berisi ayam tadi dicapai dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti jintan manis, jintan putih, serai dan banyak lagi. Itu semua Aisy sudah sediakan awal-awal tadi lagi. Begitu juga dengan ikan. Ayam ini Aisy mahu masak ayam masak berempah. Ikan pula dia mahu masak siakap tiga rasa.

"Kita orang perempuan ini kan, Aisy," Nek Tuk mula bermukadimah. Tak mahu terlepas, Aisy pandang Nek Tuk sambil tangan sibuk mengaul ayam dan bahan-bahan tadi.

"Kalau kita masak, biar masak dengan kasih sayang. Baru suami makan pun senang je hati dia. Yang penting makan minum suami terjaga, baru lah suami sayang. Kalau boleh tak payah nak upah bibik ke apa tapi biar kamu masak sendiri. Suami lagi suka kalau isteri yang masak berbanding bibik tahu"

Aisy hanya senyap mendengar sambil mengaul ayam. Tetapi telinga masih ligat mendengar. Bila mana bahunya ditolak oleh bahu Nek Tuk, mengusik. Aisy angkat kepala.

"Aisy tahu Adam suka makan apa?" Nek Tuk senyum. Mendengar soalan itu, lambat-lambat Aisy geleng kepala perlahan.

Nek Tuk masih dengan senyumannya. "Asam pedas. Adam suka makan asam pedas. Kalau Nek Tuk masak asam pedas, bertambah-tambah lah nasi dia makan. Kadang-kadang sampai sanggup datang lunch dekat rumah papa semata-mata asam pedas padahal rumah papa dengan office boleh tahan jauh juga"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now