59

204 15 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Aisy pandang kad jemputan kahwin di tangannya sambil bibirnya dari tadi tidak henti dari loretkan senyum suka. Aisy sedang bermimpikah ini?

Naura dan Zhafran.

Aisy sebut dalam hati nama yang terpapar di hadapan kad jemputan kahwin tersebut. Tak sangkanya kawannya itu akan tamatkan zaman bujang.

"Serius lah, Naura?" Aisy menyoal dan suaranya kedengaran begitu teruja.

Naura angguk kepala. "Dia baik sangat, Aisy. Sabar dengan perangai aku. Setiap kali aku pandang dia, aku rasa macam aku dah jumpa syurga sebenar aku"

Penuh dramatik jawapan Naura. Mendengar itu, mereka berdua kemudiannya ketawa. Syurga ya. Syurga. Ayat Naura memang tak nak kalah langsung!

"Nak muntah aku dengar" Aisy membalas. Dia buat mulut gaya nak muntah.

"Kau jangan nak muntah sangat ya. Kau dengan Adam pulak macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Ye lah. Macam.." laju bantal sofa segi empat di tangan, Aisy balingkan pada Naura. Kawannya ketawa.

"Kau jangan merepek" Aisy ikut sama ketawa.

"Aku tak percaya kau dah nak kahwin" Aisy buat wajah sedih. "Rasa macam baru semalam kau usha-usha candy crush kau lepas tu kau dating dengan Zhafran. Tup tup dah nak kahwin dah kauorang"

"Ye lah, aku pun nak ada anak comel macam Aaira jugak" Naura membalas dengan nada bergurau. Aaira di riba Aisy, dicuit.

"Faham. Nanti kau beranak banyak-banyak, boleh berkawan dengan anak aku"

"Kau tunggu. Memang aku beranak banyak-banyak nanti"

Makin kuat Aisy ketawa. "Gatalnya kau. Belum kahwin dah fikir fasal anak dah"

Naura ketawa. "Kita mestilah berfikiran panjang"

Naura ini memang kalau bab kahwin memang suka sikit!

"Okay, kau duduk dulu, Naura. Tengok tv ke tak pun main dengan Aaira dulu. Aku nak ke dapur nak buat air sekejap. Kau nak air apa? Sejuk ke panas?"

Aisy berdiri dari duduknya di sofa. Aaira di riba diletakkan di atas lantai.

Belum sempat Naura menjawab, Aisy sudah tahu jawapannya. "Aku tahu kau mesti nak hot chocolate, kan? Kau tunggu sekejap aku buat"

Aisy mulakan langkahannya untuk ke dapur. Dua cawan dari almari kabinet, diambil dan dibasuh olehnya.

"Susah-susah je buatkan aku hot chocolate" Naura mendekati Aisy di sinki bersama Aaira di dukungannya.

Anaknya itu bila melihat Aisy, terus minta didukung.

"Lepas ni suami pulak buatkan hot chocolate" mendengar kata-kata Aisy itu, terhambur ketawa Naura.

Aisy sambung membancuh hot chocolate untuk kawannya itu sambil tangannya lagi satu mendukung Aaira.

"Asyik cakap fasal aku je. Kau dengan Adam pulak macam mana? Aku tanya serius ni" Naura menyoal. Badannya disandarkan pada kabinet dapur. Mata tidak lepas memandang Aisy yang sedang membancuh hot chocolate nya itu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now