60

233 14 5
                                    

Kerana kau dari Dia

Seminggu kemudian,

Aisy senyum lebar. Komputer di hadapannya dipandang sambil tangan laju menari-nari di atas papan kekunci. Manakala bibirnya dari tadi tidak lekang dengan senyuman manis.

Ting! Telefonnya berbunyi. Mesej dari Adam mula naik.

Adam:
Kau tengah buat apa tu?
Dah makan?

Lihat saja nama pengirim, laju Aisy tarik telefonnya. Senyuman yang sudah lebar tadi semakin lebar.

Laju tangan menari-nari di atas papan kekunci sebelum tidak lama selepas itu butang hantar ditekan. Aisy tutup kembali telefonnya. Bibirnya tersenyum lebar.



Ting! Ting! Tidak berhenti mesej dari Adam masuk lagi. Tersenyum Aisy melihat mesej-mesej Adam itu. Tidak lama dia menaip sebelum,



Send! Butang hantar ditekan. Aisy tersengih-sengih sendiri membaca balasannya. Ah, sumpah Aisy bahagia.

Ting! Mesej Adam masuk lagi.

Adam:
Kerja elok-elok, sayang.

SAYANG.

Nafas ditarik dalam-dalam. Kalau Adam terus begini, memang tak boleh bernafas Aisy dibuatnya. Jika bukan berada di office, sudah lama Aisy menjerit suka.

Kerana Adam sangat jarang memanggil Aisy dengan panggilan sayang. Lebih banyak menggunakan aku kau saja. Tetapi Aisy sangat suka bila dirinya dipanggil sayang. Terasa di awangan.

Tak sangka Adam ini sweet juga sebenarnya. Walaupun sedikit.

"Amboi, bahagia ye sekarang" suara Naura!

Lantas, Aisy angkat kepala memandang wajah Naura yang tiba-tiba saja muncul itu dengan sengihan tak bersalah. Aisy pun tidak pasti bila Naura muncul di hadapannya kerana dia terlalu ralit dengan telefonnya.

Bila Naura mengusiknya lagi, Aisy tidak dapat sorok senyumannya. Naura ini memang kuat mengusik.

"Aku rasa macam ada bau nasi minyak lah" Naura berdehem. Bibirnya sudah tayang sengih gedik.

Terhambur ketawa Aisy mendengar kata-kata Naura itu sebelum matanya kembali fokus menatap komputer di hadapan. Buat-buat seperti malas nak layan tetapi di dalam hati dia mengaminkan juga kata-kata Naura itu.

"Baik kau sambung kerja, Naura" Aisy masih fokus pada kerja walaupun telinganya sudah menangkap bunyi bahawa ada mesej baharu di telefonnya masuk lagi.

"Kerja elok-elok, sayang" Naura mengajuk mesej Adam. Terbuntang mata Aisy. Tak akan Naura baca mesej Adam pula.

Terus Aisy menoleh memandang kawannya itu.

Telefon Aisy tak tutup!

Laju telefonnya di atas beberapa fail kerja yang terbuka itu diambil dan ditutup. Naura sudah tersenyum-senyum memandang Aisy. Dagunya ditongkatkan pada meja.

Habis lah menjadi bahan ketawa Naura selepas ini. Pipi Aisy sudah panas dan merah. Nasib baik Naura tidak membaca mesej Adam dan Aisy sebelum-sebelum itu. Kalau tidak, lebih malu Aisy dibuatnya.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now