3

449 39 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring kekanan. Bila semua serba tak kena, terus Naura bangun duduk diatas katil. Mata meliar ke sekeliling bilik sebelum terhenti pada lampu tidur yang dah pecah mentolnya. Naura pegang dada.

Kenapa hati rasa tak sedap?

Jujur, dari dia mula terpacak depan pintu bilik lagi, rasa yang sama tapi cepat-cepat dia usir.
Tiba-tiba otak teringat perbualan staff hotel semasa dia masuk lobi hotel. Perbualan tu tak adalah dia dengar semua tapi cukup telinganya tangkap dua perkataan.

Tangkap khalwat.

Lama dia termenung memandang statik kearah lampu tidur itu.

"Kau tipu aku ke, Aisy?"

Tipulah kalau dia tak syak apa-apa. Dengan pintu dibiarkan terbuka. Belum lagi dengan bilik yang dah tak rupa bilik, bersepah. Memang otak ni melencong fikir yang bukan-bukan lah.

Bila difikirkan balik, soalan yang sama berbisik ditelinganya.

Aisy ke?

Tak, dia percayakan Aisy. Kawan baik dia tu takkan buat kerja terkutuk tu.

Kan Aisy kata emergency..

Emergency sampai pecahkan mentol lampu tidur macam tu?

Naura raup wajah. Kenapa diri ni tetap nak mengiyakan juga?

Tubuh kembali dibaringkan sekali mata lurus memandang siling. Sumpah masa dia putuskan talian dengan Aisy lagi, dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin sebab suara Aisy yang sedikit serak tak lepas macam baru habis menangis. Atau sebab hati dia memang dari awal dah tak sedap?

Naura tarik comforter sehingga menenggelamkan seluruh tubuhnya. Comforter? Dia yang gunakan perkhidmatan room service untuk dapatkan comforter lebih. Pelik, Aisy tu buat apa sampai comforter pun boleh hilang.

Naura geleng kepala, mengusir pelbagai kata-kata bisikan hasutan dari telinga. Tak, dia percayakan kawan baik dia, dia percayakan Aisy.

•••••

Bila suara sayup penghujung azan dari masjid masuk menerobos pendengarannya, terus sepasang tangan itu laju membentangkan sejadah. Kaki dirapatkan menghadap sejadah, baru tangannya mahu naik mengangkat takbir ada satu suara menerjah dari arah belakang.

"Siapa pulak yang pasang lampu malam-malam ni?!" dengan mata masih terpejam, lelaki itu meramas rambutnya. Jelas riak tak suka. Rimas dengan cahaya terang dari atas syiling bilik.

Berlari Aisy menutup suis lampu sebelum kembali pada sejadah. Padahnya, sakit jugalah tadi sebab kepala lutut dia terhantuk dengan hujung katil kayu jati yang gah berdiri ditengah-tengah bilik. Rasa dia memang sedap.

Selepas beberapa minit, solat disempurnakan. Aisy membetulkan kedudukannya bagi selesa sekali tangan naik menadah dengan mata tak lepas memandang tangan. Nafas ditarik dalam.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu perancanganmu adalah perancangan yang paling baik sekali. Aku terima dengan dengan hati terbuka tapi dengan izin engkau, kau kuatkanlah semangat aku Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk terus hadapi ujian ini Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah. Aamin"

Tangan kemudiannya naik meraup muka. Telekung ditanggalkan sebelum bersama dengan sejadah dilipat dan disidai di penyangkut tuala. Begnya yang berada disebelah pintu dihampiri. Bila dah buka zip, satu persatu baju dikeluarkan sebelum baju dan seluar yang berada diposisi paling bawah dicapai sambil tuala yang kemas bergantung atas penyangkut tuala ditarik keatas. Kaki masuk ke kamar mandi.

Selesai membersihkan diri, dia mula menapak keluar. Dan serentak itu, Adam yang berada di hadapan penyangkut tuala mengangkat muka seiring dengan bunyi pintu kamar mandi berkuak. Wajah lelaki itu berkerut.

"Siapa suruh kau guna penyangkut tuala aku?" sejadah dan telekung yang tadinya di atas penyangkut tuala, dicampak dan selamat masuk kedalam mangkuk singki.

Telekung dan sejadah yang sudah basah dengan bekas air yang digunakan untuk mencuci tangan sebelum dia keluar, Aisy pandang dengan pandangan kelam. Dia tak ada telekung extra.

"Siapa bagi kau kebenaran guna penyangkut tuala aku? Aku ada bagi kebenaran ke?"

"Aku tanya ada ke?!" terhinjut bahu gadis itu bila suara Adam naik seoktaf. Tangan kekar milik suaminya naik menarik kasar rambut Aisy sebelum ada bunyi mengaduh sakit dari mulut gadis itu.

"T..tak" penuh getaran dia lontarkan jawapan.

"Habis tu kenapa kau suka hati nak guna? Jijik tahu tak, jijik?!" bergema satu bilik ini dengan suara lelaki itu sekali kepala Aisy itu ditolak kuat ke pintu kamar mandi sebelum dilepaskan. Kunci kereta dicapai.

"Buat angin aku je pagi-pagi ni"

Adam berlalu sambil kusutkan rambut. Susah betul kalau ada perempuan tak sedar diri dalam rumah ni.

••••

"Sedapnya bau.." Tengku Fathiah tayang muka teruja sekali kerusi yang baru ditariknya tadi diduduk. Bagaikan ada sinar di dalam anak matanya melihat nasi goreng cili padi yang berada diatas meja makan.

"Ini bukan saya yang buat, Tengku. Puan Aisy yang buat"

Serta merta bunyi sudu berlaga dengan pinggan kaca kedengaran sebelum ada bunyi kerusi ditolak kebelakang kasar. Bertukar 360 darjah riak wanita itu.

"Patutlah dari tadi bau busuk mengalahkan bau tahi! Langsung tak menyelerakan!" Bik Yah dipandang atas bawah.

"Siapa bagi kebenaran betina tu masak? saya langsung tak suruh. Yang bik memandai ni dah kenapa?!" Bik yah pandang bawah lantai.

"Maafkan saya, Tengku"

"Saya tak kira. Saya nak bik masak kan makanan lain untuk breakfast pagi ni. CEPAT!"

Aisy yang sedang mengemas dapur, terhenti kerana mendengar jeritan Mama itu. Air mata yang secara tiba-tiba mengalir diseka perlahan. Hinanya dia.

"Kenapa dengan cucu nek tuk ni hm?" bahu gadis itu diusap lembut. Nek tuk senyum tawar.

"Aisy jangan sedih-sedih ye. Biasalah, nek tuk dah kenal ibu mertua kamu tu dia memang jenis macam tu kalau nak bermesra dengan orang" kepala Aisy yang disarungkan tudung bawal diusap perlahan. Jauh disudut hatinya, dia mahu gadis ini kuat hadapi ujian.

Aisy senyum kelat. "Aisy...okay"

"Betul ni?" Aisy mengangguk.

"Kalau macam tu, jom kita makan. Tak sabarnya perut nek tuk ni nak makan. Mesti sedap kan? Nek Tuk pun nak kenal kenal dengan Aisy"

Tanpa dengar jawapan dari gadis itu, terus bahu Aisy ditolak mengikut langkah kaki tua itu. Bila makin dekat dengan ruang meja makan, bunyi perbalahan tadi semakin kuat. Aisy tundukkan pandangan. Tahu dia menjadi topik utama dalam perbalahan tersebut. Tak lupa juga kaki gadis itu yang makin perlahankan perjalanan.

"Saya nak bik buang semua nasi goreng ni dan buatkan untuk saya yang baru. Saya tak nak perempuan tu masak dalam rumah ni. Sudahlah tak sedap! Bau pun macam taik. Ee jijiklah!"

Mangkuk yang berisi nasi goreng Aisy ditolak guna hujung jari sementara muka tak henti buat memek muka jijik.

Bila mendengar segala hujahan itu, terus kaki Aisy yang melangkah terhenti diikuti dengan nek tuk dibelakang. Tiba-tiba tubir matanya terasa berbahang. Bila dipejamkan matanya, jatuh satu air jernih. Tak, dia memang tak kuat.

Rasa usapan lembut dibahu buat Aisy angkat muka.

"Jangan ambil hati ye"

TBC

-190120-

Bukan Yang Terbaik (in editing)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora