15

315 29 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Pinggan di pegangannya diletakkan di atas deretan meja panjang yang menempatkan banyak lauk. Ada beberapa menu sarapan pagi dihidangkan di situ seperti bihun dan karipap.

Rasa seperti diperhatikan, Aisy menoleh. Dan tikala itu, anak matanya dan anak mata Hilman hampir bersatu tetapi laju saja Aisy lemparkan pandangan kearah lain selepas itu. Tangan yang mula berpeluh digengam erat.

Kenapa dia rasa bersalah sangat ni?

Aisy terpempan. Bagaikan ada bebanan baru dari tempat yang tinggi jatuh ke bahunya. Semenjak kes dia tolak pinangan Hilman tempoh hari, hubungan dia dengan Hilman juga makin renggang malah hubungannya dengan Mak Indah, ibu Hilman juga sama begitu. Sedaya upaya kalau boleh Aisy tak mahu langsung bersemuka dengan mereka berdua.

Pelipis diurutnya. Boleh migrain Aisy kalau masalah tak henti-henti datang sebegini. Keluhan berat dilepaskan.

Salahkah dia menolak pinangan itu?

Jujur Aisy kata, jika tidak wujud ikatan antara dia dan Adam sekalipun memang dia tidak akan terima pinangan itu. Dia sudah anggap Hilman seperti abang kandungnya sendiri masakan dia menerima pinangan itu. Mustahil sekali baginya. Merepek betul.

"Ehem" satu deheman menyentak Aisy yang sedang mengelamun. Lantas, kepala diangkat.

Adam.

Kelihatan lelaki itu sedang mengambil bihun di dalam tray makanan. Bihun yang ibu masak pagi tadi. Sebab itulah, mereka lambat sedikit datang ke sini kerana sibuk siapkan bekalan untuk hidangkan di majlis. Saja mahu sedekah.

Sejujurnya ikutkan hati Aisy sekarang ini, ingin saja dia berlari masuk ke rumah tetapi entah kenapa kaki dia tetap juga kuat terlekat disini.

Tiba-tiba, satu tangan asing mencapai senduk extra dan menyenduk bihun. Aisy mahu melihat gerangan itu. Bila mana mata milik Aisy menangkap tubuh itu, Aisy sekadar senyum nipis.

"Bihun ni ibu yang masak, kan?" suara Hilman.

Janggal. Jeda. Hujung anak mata Aisy, dia lihat Adam sudah menjeling ke arah Hilman.

"Siapa Ibu kau?" kasar Adam menyoal kembali.

Ya Allah. Terkejut Aisy mendengar balasan Adam itu.

"Aku tak tanya kau" terus berubah wajah Hilman. Lelaki itu tayang wajah marah. Aisy pandang Hilman dan Adam bersilih ganti.

"Aisy tak nak jawab soalan kau. Kau tak faham lagi ke?" tanpa menyambung kata-katanya, Adam terus beredar ke meja bersama pinggan di tangan. Langsung tak endahkan mereka berdua.

Hilman kembali pandang Aisy. Terus berubah wajahnya kepada senyum. "Mesti sedap ni" 

Aisy senyum kelat. Melihat Aisy seperti itu, Hilman menyoal lagi.

"Aisy nak? Abang boleh sendukkan" keningnya terangkat tinggi, sudah berura-ura mahu mengambil pinggan baharu. Aisy geleng kepala.

Hilman hela nafas sekali senduk di tangannya dijatuhkan kembali ke dalam tray makanan. Kenapa dia merasakan seakan-akan Aisy cuba mengelak dari terserempak dan bercakap dengannya.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now