14

373 29 3
                                    

Kerana kau dari Dia

Selepas menyalam Mak Ngah dan Pak Ngah di muka pintu, Aisy membuntuti langkah ibunya ke dapur. Riuh rendah suasana di ruang dapur tikala ini. Ada yang berlari dan ada juga yang tak henti berbual sesama sendiri. Aisy senyum, membalas senyuman sepupu-sepapatnya disitu.

"Akak sihat?" entah dari mana Mak Su muncul terus dipeluknya ibu. Bibirnya dari tadi tak lekang dengan senyuman. Mungkin melepaskan rindu pada ibu yang terbuku di hati. Kalau ada kenduri kendara sebegini barulah boleh berjumpa lama sedikit memandangkan Mak Su duduk jauh di Selangor.

"Sihat" jawab ibu. Mak Su pandang kearah Aisy di belakang. Dia senyum dan Aisy balas juga senyuman itu.

Kemudian Aisy juga didekati dan mereka saling berpelukan.

"Aisy sihat?" soal Mak Su soalan yang sama. Aisy mengangguk. Hampir seminit, pelukan terurai dan Mak Su masih dengan senyumannya.

"Aisy bila balik Kuala Lumpur balik? Boleh tumpang dengan Mak Su" Aisy senyum dengan kepala digeleng. Menolak ajakan itu dengan lembut. Dan baru dia mahu buka mulut, suara lain pula memintas.

"Ma! lepas ni nak letak apa? letak sos dengan sos tiram saja kan?" Suara jeritan itu datangnya dari belakang rumah. Muka Athirah terjegul di belakang pintu bersama sudip ditangan. Sesekali dia loret sengih bila jeritannya dapat menghantar semua mata yang berada di dapur pandang kearahnya.

Mak Su menggeleng. "Anak dara bertuah betul. Ila ke belakang dulu ye kak, Aisy" Baru Mak Su mahu mula langkah, ibu menahan.

"Suraya ada ke?"  ibu menyoal dan itu menyebabkan Mak Su hela nafas berat. Suraya itu kakak ibu, Mak Long. Aisy hanya senyap mendengar.

"Ila pun tak tahu, kak" dia sudah sedia maklum dari dulu lagi yang hubungan antara ibu dan Mak Long tegang. Dia juga tidak tahu apa yang terjadi sehingga membuatkan Mak Long nya benci terhadap benar Ibu. Sudah puas dia bertanya tapi ibunya langsung tak menjawab. Akhirnya, Aisy tak bertanya lagi.

Dia masih ingat lagi, pada hari atoknya meninggal dunia, Mak Long nya sanggup tidak balik ke kampung hanya disebabkan ada ibunya. Mak Long juga tidak pernah melayan Aisy dan Iman dengan baik.

Aisy pandang kelibat ibu dan Mak Su yang sudah buka langkah ke belakang rumah yang menempatkan tempat memasak.

Aisy ditinggalkan sendirian disitu. Lama begitu, matanya menangkap Nana yang sedang melambai-lambai tangan kearahnya. Baru Aisy perasan rupanya bukannya kerabat ibunya sahaja yang ada. Malah, orang kampung juga ada di sini. Nana sudah siap berbaju kurung sama seperti Aisy.

"Kau dah tengok Melissa?" soal Nana, apabila Aisy sudah melabuhkan punggung disebelahnya.

Kepala digeleng. Soalan Nana itu mengingatkan dia yang tadi Mak Ngah ada minta dia tolong tengokkan Melissa di bilik pengantin memandang mak andam masih lagi dalam perjalanan ke sini tapi bila melihat pintu bilik Melissa yang berkunci dari dalam itu yang Aisy terus ke dapur.

"Samalah" Aisy dengar bunyi pisau berlaga dengan papan pemotong. Hasil dari potongan Nana dan itu juga jawapan dari Nana.

"Nanti kita pergi sama-sama. Melissa pun tengah mandi rasanya" lantas, pinggan yang berisi cili merah dan bawang putih diambil dan diletakkannya hasil hirisan bawang merahnya disitu.

Siap dengan bawang, Nana ambil pula sayur sawi dan dipotongnya halus. Siap sahaja, dia angkat punggung.

"Aku hantar bawang ini dulu" Aisy hanya mengangguk. Tak lama dengan itu, Aisy menghantar pemergian Nana yang hilang disebalik pintu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Onde histórias criam vida. Descubra agora