46

275 23 9
                                    

Kerana kau dari Dia

"Sedap tak?" Aisy menyoal sebelum Aaira mengangguk kepala bersama pipi yang sudah comot dengan ais krim. Aisy ketawa kecil. Terhibur dengan wajah comot anaknya itu. Sampai ke hidung pun ada ais krim.

"Mama nak rasa ciket tak?" Aaira menghulurkan ais krimnya kepada Mamanya.

Perlahan Aisy geleng kepala sambil tangannya mengelap pipi dan hidung Aaira yang sudah comot itu menggunakan tisu basah. "Kalau Mama rasa, habis terus ais krim Aaira nanti"

Mendengar itu, perlahan-lahan Aaira tarik kembali huluran ais krimnya. Dia geleng kepala. "Ocey, Mama tak oleyh"

Aisy ketawa kecil sebelum dia sambung menolak stroller untuk tawaf satu mall. Bukanlah selalu mereka berdua begini. Cuma hari ini Hilman ajak berjumpa di sini. Katanya lelaki itu mahu berjumpa dengan Aaira sebelum ke Sabah esok kerana outstation.

Cerita tentang outstation, Hilman pun agak sibuk sekarang. Kerap outstation. Dua bulan lepas dah ke London kerana outstation. Bulan ni ke sabah pula. Dan setiap kali mahu outstation memang Hilman akan ajak berjumpa. Alhamdulillah, ada juga yang menyayangi Aaira seperti anak sendiri.

Sementara menunggu Hilman sampai, memang kerja yang boleh Aisy buat hanya tawaf sajalah. Jika Naura ada, boleh temankan dia sekali. Tetapi Naura ada hal pula tiba-tiba tadi.

Apabila terjumpa kerusi yang kosong tanpa penghuni, Aisy labuhkan punggungnya di situ. Stroller pula diletakkan berhadapan dengannya. Wajah Aaira yang comot, dilap oleh Aisy lagi. Nasib baik baju putih yang dipakai oleh Aaira itu tidak kotor sekali.

"Mama" Aaira memanggil.

Aisy mengumam kecil. "Ye sayang. Kenapa?"

"Nak lagi" perlahan suara Aaira meminta. Laju Aisy geleng kepala.

"Hari ni dah makan kan? Nanti pula okay? Nanti Mama belikan ais krim untuk Aaira lagi"

"Promishh?" Aaira menyoal.

"Promise" balas Aisy.

"Assalamualaikum" suara Hilman. Aisy angkat kepala dan kelihatan Hilman sedang mendekatinya.

"Uncle?" dengar saja suara itu, Aaira memandang Aisy dengan wajah terujanya. Terus Aaira mendepakan kedua tangannya minta didukung oleh Hilman. Hilman ketawa kecil.

Tali pinggang pada badan Aaira di stroller dibuka oleh Aisy sebelum hampir sesaat Aaira sudah berada di dalam dukungan Hilman. Aisy senyum kepada Hilman. Dan senyuman itu dibalas kembali dengan senyuman yang manis oleh Hilman.

Hilman hari ini mengenakan baju kameja putih dan tali leher berwarna kelabu. Hensem. Aisy memuji di dalam hati. Tak tipu, semenjak Hilman sudah bekerja sebagai jurutera, lelaki itu sudah berubah menjadi seorang yang segak dan pandai bergaya. Aisy suka penampilan Hilman sekarang.

Aaira senyum suka apabila Hilman tidak lepas mengucup pipinya beberapa kali. Aisy senyum nipis melihatnya.

"Uncle" Hilman mengumam perlahan. "Nak ais krim, oleyh tak?"

Terhibur Aisy. Minta dengan Hilman pula?

Hilman memandang Aisy. "Boleh ke?"

"Tadi Aaira dah makan ais krim dah" Aisy membalas. Bila Aisy menjawab begitu, tahu lah Hilman yang 'no more ice cream for today'.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now