Special Chapter I

212 15 0
                                    

Kerana kau dari Dia

"Alisha ada boyfriend?" Aisy pandang Mama yang sedang menghiris bawang untuk masakan tengah hari mereka di sebelahnya itu. Bibirnya hampir ketawa.

Tak bukan ketawa apa tetapi seperti tidak percaya.

"Betul ke ni, Mama?" Aisy menyoal lagi.

Kalau dengar Alisha ada KAWAN lelaki. Itu sudah biasa. Alisha memang ramai kawan lelaki tetapi boyfriend itu yang tak biasa dengar itu.

Setahu Aisy Alisha itu tersangatlah jual mahal dengan mana-mana lelaki. Tengoklah, sudah berpuluh-puluh anak Dato dan Tan Sri yang sudah masuk meminangnya tetapi semuanya ditolak oleh Alisha mentah-mentah.

Kata tak minat lah, tak hensem lah, apa lah semuanya ada. Itu yang bila dengar berita ini dari Mama, bersinar terus mata Aisy. Tak percaya pun iya juga.

"Itulah, Aisy. Mama pun terkejut. Dia kata dia dah minat lelaki ni lama dah. Sama universiti masa buat asasi dulu"

"Oh, cinta monyet lah ni" Aisy ketawa kecil. Sudip di tangan masih setia mengacau gulai di kuali. "Mama ada gambar budak tu ke? Aisy nak tengok juga"

"Aisy nak tengok?" Mama pandang Aisy.

Laju kepala diangguk sebelum Aisy lihat Mama mencapai tas tangannya dan telefon diambil. Baru Aisy mahu mendekati Mama untuk melihat gerangan yang berjaya menambat hati adik iparnya itu tiba-tiba suara Aufa menangis di depan mulai kedengaran!

Terus Mama ketawa kecil. Tangan tua yang masih mencari-cari gambar lelaki itu dilajukan mencari. Bila suara tangis Aufa semakin kuat, Aisy pejam matanya sesaat. Alamak.

Mama ketawa. Bahu menantunya ditepuk.

"Pergilah sekejap tengok Aufa tu. Nanti Mama jumpa mama tunjuk" Mama masih dengan sisa tawanya. Hampir sesaat, Aisy bergerak ke arah ruang tamu.

Hari ini Papa dan semua datang ke rumah mereka untuk makan tengah hari bersama-sama. Kaki Aisy masih melangkah ke ruang tamu. Atau lebih tepat lagi ke arah suara yang sedang menangis nyaring itu. Suara Aufa menangis jangan ditanya. Rasanya semakin kuat kedengaran di telinga Aisy saat ini.

Dan sampai saja di situ, Aisy cekak pinggangnya sebelum beberapa permainan yang bersepah dan menganggu jalan itu, Aisy kembali masukkan ke dalam bakul yang dikhaskan untuk simpanan permainan anak-anaknya. Aisy sudah agak semuanya angkara anak lelakinya itu.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Aydan Feerhad yang comel dan nakal ini.

Aydan dan Aufa yang berada di bawah itu dipandang. Aydan sedang bermain dengan koleksi kereta dan lorinya manakala Aufa pula sedang menangis. Aisy cekak pinggang. Muka garangnya ditayang.

"Aydan, kan Mama kata main sama-sama dengan adik" Aisy tayang wajah garang. Kereta permainan Aydan yang masih bersepah di lantai, Aisy masukkan lagi ke dalam bakul.

Dia beristighfar panjang melihat ruang tamu yang bersepah dengan mainan Aydan ini. Belum lagi cerita tentang Aufa menangis lagi.

Rasanya tidak sampai dua puluh minit pun Aisy tinggalkan Aydan berdua dengan Aufa, tetapi tengoklah, mereka sudah bergaduh! Tergeleng kepala Aisy. Siap berbekas kesan gigi pada lengan Aufa lagi bermakna Aydan telah gigit si kecil itu. Tergeleng kepala Aisy. Hampir jugalah berdarah lengan si kecil itu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now