53

302 23 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Selesai saja solat subuh, Aisy terus qadha tidur. Qadha tidur yang sudah lama Aisy tidak dapat semenjak sudah bergelar ibu ini. Memandang doktor bagi cuti dan Aaira pun ada dengan Adam, memang Aisy boleh qadha tidur sampai tengah hari. Nikmat sungguh!

Tapi tak adalah nikmat sangat kerana baru jarum jam menunjukkan pukul lapan pagi tetapi mata Aisy sudah segar seperti biasa. Puas Aisy pejam untuk tidur tetapi masih segar juga. Mungkin kerana sudah terbiasa bangun awal.

Kerana kebiasanya pada waktu begini, Aaira sudah menjadi alarm tak berbayar untuk Aisy. Alarm apa lagi kalau bukan rengekan dari Aaira. Rengekan kerana lampin penuh lah, nak susu lah. Macam-macam.

Aisy tongkat dagu di bantal. Lalu baringannya diperkemaskan. Sejujurnya, Aisy sudah rindukan 'alarm' tersebut. Atau lebih tepat lagi, Aisy rindukan Aaira.

Aisy hembus nafas perlahan. Rindunya dengan si kecil itu.

Agaknya apalah yang Aaira buat sekarang ya?Adam okay ke jaga Aaira? Aaira okay ke dengan Adam? Bermacam-macam soalan yang berlegar di fikiran Aisy. Susu okay tak? Makan okay tak?

Dan tidak menafikan juga bahawa Aisy juga ada sedikit risau. Aisy ada sedikit ragu-ragu, adakah Adam benar-benar ikhlas untuk menjaga Aaira. Atau ada muslihat lain? Aisy pun tidak tahu bagaimana dia boleh mempercayai Adam sehingga boleh beri izin lelaki itu menjaga Aaira hari ini.

Fikirannya mula terlintas perkara yang tidak baik berlaku sebelum cepat-cepat dia mengucap panjang. Nauzubillah!

Sesekali skrin telefonnya dijeling lagi dan lagi. Untuk kali keberapa, Aisy sendiri tidak pasti. Tetapi yang pastinya sudah lebih sepuluh kali sejak subuh tadi.

Aisy mengharap panggilan dari Adam. Tetapi sedihnya sehingga sekarang tiada langsung panggilan daripada lelaki itu. Aisy ingatkan pagi ini telefonnya akan penuh dengan missed call daripada Adam menyuruh Aisy untuk mengambil Aaira balik. Ternyatanya tidak.

Iyalah. Aaira itu kecil lagi. Adam reti ke untuk memakaikan Aaira lampin? Adam reti ke nak dodoikan Aaira untuk tidur? Adam reti ke nak melayan karenah Aaira? Bermacam-macam persoalan di fikiran Aisy.

Aisy bangun dari baringannya. Badannya disandarkan pada kepala katil. Biasalah simptom mak-mak memang begini. Nasib baiklah pagi ini demam Aisy sudah semakin kebah. Pening kepalanya juga sudah semakin berkurang. Bila tangan Aisy mula naik menyentuh leher, leher pun sudah tidak sepanas semalam. Ada jugalah perubahan dari semalam. Boleh dia ambil Aaira petang nanti.

Ting!

Telefon Aisy berbunyi.

Wajah miliknya yang muram tadi perlahan-lahan bertukar teruja. Laju Aisy cari telefonnya yang berada di hujung katil. Adam ke?

Jumpa!

Lantas, Aisy mencari nama yang naik dan seperti jangkaannya, nama Adam yang naik. Bukan panggilan tetapi hanya mesej saja. Laju Aisy buka mesej tersebut.

Adam:
Hidup lagi ke?

Baca saja mesej tersebut, spontan mata Aisy terguling. Wajah terujanya bertukar kepada wajah geram. Soalan pun. Baru nak teruja. Ingatkan suruh ambik Aaira tadi.

Pagi-pagi dah nak cari gaduh! Kalau Adam ada depan mata, dah lama Aisy jeling lelaki itu. Menyampah betul. Itu belum teringat pada hari pertama mereka berjumpa lagi. Dengan perangai tiba-tiba nak tengking lagi. Lagi menyampah.

Baru Aisy mahu tutup telefonnya, mesej baharu dari Adam masuk lagi.

Ting!

Adam:
Photo

Bukan Yang Terbaik (in editing)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant