5

414 34 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Bunyi ayam berkokok dan diikuti bunyi burung berkicauan meriuhkan pagi yang hening. Bunyi motorsikal dan kereta orang kampung yang lalu lalang dijalan seiring dengan ketukan sudip ke kuali hitamnya. Tangan beberapa kali naik menutup mulut yang dari tadi tak berhenti batuk sekali tangan satu lagi menghidangkan mangkuk berisi nasi goreng diatas meja.

"Adik, mai makan! Ibu ada buat nasi goreng ni" kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggung di situ. Nasi dah selamat diceduk masuk kedalam pinggan.

"Ibu masyak nasyi goreng ke?" Iman yang dari ruang tamu berlari mendapatkan ibunya terus kerusi yang menghadap ibunya ditarik dan diduduki. Dengan gaya gelojoh tak makan seminggu, Iman menyuap nasi ke mulut. Bukan wanita bersarungkan anak tudung dikepala itu tak tahu nasi goreng makanan kegemaran anak dia seorang ni.

"Ibu"

Puan Roziah angkat kepala memandang si anak istimewa.

Iman. Kalau Allah bagi kelebihan pada dia seperti orang lain mungkin Iman dah masuk ke fasa sekolah rendah. Tapi Allah itu maha adil. Dia istimewakan Iman untuk selalu jaga wanita itu.

"Atak iler nak alik ibu?" tanya Iman sambil mata tak lepas memfokuskan pada makanan dihadapannya. Bila hampir habis, disenduknya lagi nasi goreng. Masih ingat lagi perbualan antara dia dalam kakaknya tempoh hari. Kalau kakak kesayangan dia tu mungkir janji memang dia adakan kontrak bermogok seminggu. Tak nak bercakap!

Puan Roziah hela nafas panjang. Bila teringatkan si anak gadis di KL itu memang sekali gus mengingatkannya tentang memori ingatan 2 hari lepas. Dimana perbualan dan jeritan dari corong telefon didengar jelas oleh wanita itu. Dan sampai sekarang hati tuanya tak berhenti fikirkan tentang itu. Terlampau banyak soalan yang masih tak terjawab.

Kenapa ada suara lelaki?

Puan Roziah urut pelipis. Masalah satunya inilah, tak boleh terlalu fikirkan sesuatu nanti mulalah migrain yang lama datang balik. Sudahnya pertanyaan Iman dibiarkan dibawa angin.

Ketukan dari pintu belakang rumah menyentakkan penghuni dapur itu. Tanpa menunggu undangan masuk dari si tuan rumah, terus Hilman menanggalkan kasut but getah miliknya dikaki sebelum masuk kedalam. Kerusi disebelah Iman ditarik sebelum melabuhkan punggung disitu.

"Ibu tak makan?" Puan Roziah menggeleng.

"Ibu lapaq ayaq jaa" ujar wanita itu sebelum secawan air kosong diteguk.

Hilman mengangguk faham sebelum mula membuka bicarakan tentang topik yang sememangnya penyebab dia ke sini. Topik apa lagi kalau bukan topik 'rombongan meminang' dia itu.

"Aisy macam mana ibu? Terima ke tak? Kalau terima, hujung minggu ni jugak Hilman hantar rombongan meminang. Susah susah, bulan depan terus kahwin."

Bulan depan terus kahwin?

Membulat biji mata wanita itu sebelum laju dilayangkan tangannya untuk tepuk lengan Hilman. Hilman sengih bila panahan jelingan si jiran sebelah yang dipanggilnya 'ibu' itu dah selamat sampai ke retina.

"Awat gelojoh sangat ni Hilman oi"

Hilman ketawa kuat. Kalau ikutkan dia harini hantar rombongan meminang esok terus kahwin. Kan senang tu.

"Jadi apa keputusan Aisy? Terima?"

Belakang badan disandarkan ke dinding kerusi sekali tangan naik mendepa ke kerusi Iman. Hilman pandang wajah wanita di depannya itu penuh harapan. Mengharap agar wanita tua di depannya membalas soalannya dengan perkataan 'terima' dari mulut. Kalau itu jawapannya, memang malam ni dia tak lena tidur.

Sudah lama dia memendam rasa pada Aisy dan dia rasa ini adalah masa yang terbaik untuk dia luahkan semuanya. Dia dah sedia nak jadikan Aisy isterinya yang sah.

Wajah Hilman penuh hampa bila mana Puan Roziah angkat bahu.

"Aisy tak terima?"

Wanita berumur 50an itu angkat bahu lagi.

"Ibu tak tanya lagi ke?"

Anggukan dari wanita itu mengundang senyuman di bibir lelakinya. Terus riak wajah menjadi ceria kembali.

"Tak apalah, Hilman hantar je rombongan meminang nanti mesti Aisy terima punyalah." penuh yakin dia bicara.

"Hilman, hang ni betui-betui ka? Kalau Aisy tolak pinangan hang lagu mana?"

"Tak apa ibu, cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Bila dah kahwin baru bercinta, kan lagi best tu" lelaki itu tarik nafas teruja. Memang balik ni dia panjat bumbung rumah nak buat announcement yang dia bakal jadi tunangan Aisy. Tak sabarnya.

•••••

Straw dipusing pusing mengikut bulatan gelas. Mata termenung ke kaki lima kedai melalui cermin yang terbina luas. Setiap kali bersendirian begini mesti perasaan sayu makin bergayut di hati. Mata ligat memerhati orang lalu lalang di luar cafe itu. Tiba tiba peristiwa malam itu kembali memunculkan diri. Semua yang terjadi pada malam itu masih segar di ingatan. Dapat dia lihat seakan akan tayangan semula dihadapan matanya. Satu persatu kisah malam itu dipersembahkan semula.

Bermula dari dia hampir dirogol dan sehinggalah penyebab tercetusnya permulaan yang baru dalam hidup dia . Tanpa Aisy sedar, air mata dah mengalir jatuh ke pipi.

Takkan kau nak salahkan takdir kut, Aisy?

Lama Aisy termenung sebelum dia hela nafas panjang. Jam di pergelangan tangan dikerling guna hujung mata. Lagi 10 minit dia dah kena terpacak depan office. Masuk hari ni, dah hari ke-2 dia kerja selepas 'peristiwa' hari tu. Dua hari tu tak ada lah teruk mana kalau nak dibandingkan dekat rumah.

Rumah?

Selepas insiden kena lempang haritu terus Tengku Zainol merangkap ayah mertuanya suruh Adam bina hidup dengannya dirumah lain. Katanya belajar hidup berdikari. Tapi rupanya makin teruk dia dikerjakan. Setiap hari ada saja yang tak kena. Nak masak untuk makan malam pun kena marah. Itu belum lagi kira yang setiap malam kena jadi punching bag suaminya itu.

"Auchh" sentuhan di tangan menyentakkan lamunan Aisy. Nyaring gadis itu mengaduh kesakitan dan tanpa sedar, tangan menarik menjauh dari tangan asing yang memegang pergelangan tangannya. Kepala diangkat memandang pemilik tangan itu.

Naura.

"Kau kenapa?" Naura kerut dahi bila balasan dari Aisy gaya macam dia baru lepas sepak gadis itu.

"Kau tu yang kenapa" Aisy membalas kembali. Jelas riak pelik dengan tindak balas gadis dihadapannya itu. Sudahlah semenjak dua ni, sikap gadis yang kenakan blouse di badan itu lain dari kebiasaan. Termenung memanjang dan makin pendiam.

Aisy menggeleng sebelum gelas yang berisi fresh orange miliknya ditarik mendekat. Air disedut sedikit. Mengelak daripada soalan Naura yang memang tak jangka apa yang akan disoal olehnya.

"Kenapa dengan tangan kau tu?" Aisy angkat kepala. Muka buat buat tak faham.

"Aku tanya kenapa tangan kau lebam. Sini aku nak tengok." baru tangan kecil Naura mahu mendarat ke lengan, Aisy tarik tangannya laju.

"T..tak ada apa-apa" laju tangan Aisy mengambil tas tangan dikerusi sebelah kirinya. Dia bangun dari duduknya.

"Dah lah aku nak masuk office. Kau nak ikut?" Aisy menyoal.

Naura pandang muka Aisy statik. Lama.

"Aku pergi dulu tahu" baru kaki Aisy mahu melangkah setapak, tangan Naura menahan dan dengan tak semena mena kawan rapatnya itu menyelak hujung lengan bajunya. Kelihatan kesan lebam yang masih segar berwarna kebiru-biruan melekat disitu.

Mengucap panjang Naura melihat. "Teruknya! Kenapa ni, Aisy? Siapa pukul kau ni?"

TBC

-300120-

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now