52

359 22 4
                                    

Kerana kau dari dia

Bila Adam pandang Aisy, laju Aisy larikan pandangan ke arah lain. Apa pandang-pandang ni?

Aisy berdecit perlahan. Baru saja dia memikirkan tentang Adam pagi tadi tiba-tiba petang ini dia perlu menghadap wajah lelaki itu pula.

Aisy pejam matanya sesaat. Sudah tiga puluh minit berlalu dan apa yang dikatakan oleh Adam sepanjang tiga puluh minit ini, Aisy hanya mengangguk saja.

Lebih tepat lagi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ada Aisy kisah? Satu benda pun Aisy tidak faham apa yang dikatakan oleh Adam sebenarnya. Malas mahu panjangkan cerita, itu yang dia hanya mengangguk saja.

Aisy pandang tubuh Aaira di sebelahnya. Nasib baik Aaira baik dan tidak merengek hari ini. Aaira dari tadi hanya senyap bermain dengan dunianya sendiri.

Adam?

Cerita tentang Adam, lelaki itu langsung tidak kisah tentang Aaira. Dari tadi hanya buat wajah selambanya dan langsung tidak endahkan Aaira. Jeling pun tidak.

"Dah habis?" selesai saja Adam menghabiskan kata-katanya, Aisy terus menyoal. Tas tangannya di sebelah sudah disangkutkan pada bahu. Dia bangun dari duduknya sebelum Aaira yang berada di atas kerusi bayi sudah berura-ura mahu diangkat. Kalau dah habis, Aisy nak balik.

"Belum" Aisy guling biji matanya. Dia duduk kembali di kerusi.

"Apa lagi?" Aisy menyoal dengan wajah berkerutnya, tak suka. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul tujuh malam!

Ini kalau ibu tahu yang Aisy bawa Aaira keluar maghrib-maghrib begini memang dah lama dah kena leter.

Melihat Aisy yang mengerling jam, lelaki itu turut sama mengerling jam di tangan sebelum badan disandarkan pada kerusi dengan wajah yang tenang.

Aisy mengeluh perlahan. Dia memeluk tubuh. "Apa lagi ni, Adam? Kalau dah habis saya betul-betul nak balik"

Adam pandang Aisy, lama sebelum Aisy mula gulingkan biji mata. Menyampah.

"Awak ni tak ada kerja ke datang jauh-jauh semata-mata nak cakap fasal kereta awak tu? Awak boleh mesej. Tak pun call saya" Aisy beri cadangan. Suaranya tak ada nada lembut langsung.

Lagi satu Aisy tak faham, kereta Adam ni banyak. Kenapa perlu pening kepala fasal satu kereta yang Aisy langgar hari itu?

Aisy mengeluh. Wajah Adam di hadapannya dipandang.

"Awak tak perlu jumpa saya. Setakat nak cakap benda ni. Kalau family awak dapat tahu, nama saya jugak yang kena nanti" Aisy menyambung lagi.

Tapi memang benar pun. Jika keluarga Adam tahu yang mereka berjumpa, memang pasti Aisy akan dicop sebagai gila talak. Macamlah tak kenal keluarga Adam itu macam mana.

"Awak sukalah saya kena, kan? Sebab itu awak ajak saya keluar macam ni" Aisy menyambung lagi. Ini kalau Mama Adam tahu, memang dekat kedai ini juga rambut Aisy kena tarik.

Adam tampak tenang. "Aisy, aku nak straight forward"

Aisy terdiam. Kenapa nampak serius sangat ni?

"Aku nak kau balik boleh?"

Membulat mata Aisy. Wajah Adam dipandang dengan pandangan tidak percaya. Gila!

"Aku tanya betul-betul ni. Kalau kau okay, minggu depan aku hantar rombongan"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now