71

186 11 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Peluh yang mulai merenik, Aisy sapu lembut dengan tisu di tangannya itu. Nafas sudah menjadi tidak teratur, tangan juga sudah berpeluh-peluh.

"Tengku Adam Mikael bin Tengku Zainol" kuat sebaris nama itu kedengaran di telinganya.

Aisy pandang tubuh tegap Adam yang kemas berbaju melayu putih tidak jauh di hadapannya itu. Tangan lelaki itu sudah selamat bersalaman dengan tok kadi. Aisy hembus nafas tenang. Aisy tahu Adam sedang gemuruh. Dia juga begitu.

"Ye saya" penuh teliti Adam menjawab. Suaranya sedikit bergetar dan Aisy yang mendengarnya juga dapat merasai getarannya.

Tangannya yang cantik dilukis dengan inai itu, Naura genggam kuat.

"Aku nikahkan dikau, dengan Nur Aisy Humaira dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya, Nur Aisy Humaira dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah!" saksi menjawab.

"Alhamdulillah"

Mendengar saja perkataan sah tersebut, laju tubir mata Aisy berair. Tangannya yang mengeletar, mengelap air mata tersebut dari terus mengalir. Tidak percaya yang sekarang mereka sudah sah menjadi suami dan isteri.

Hanya satu perkataan yang Aisy dapat gambarkan perasaannya sekarang ini. Gembira. Walaupun sedikit sebak tetapi jujur Aisy gembira.

"Tahniah Aisy" tangan Aisy tiba-tiba terasa digenggam oleh suatu tangan yang hangat. Aisy senyum memandang Naura yang dari tadi setia berada di sebelahnya itu.

"Terima kasih, Naura" terangguk kepala Naura.

Belum sempat Aisy mahu membalas lebih panjang, suara Ibu di sebelahnya kedengarannya. Terus Aisy menoleh ke arah Ibu.

"Tahniah, Kakak"

Kepala diangguk perlahan. Entah mengapa, Aisy terasa semakin sebak. Bahunya tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan Ibu dan menyebabkan Aisy tidak dapat menahan air matanya dari mengalir lagi. Nafasnya tiba-tiba terasa sesak.

Air mata yang mengalir, Ibu seka lembut menggunakan tisu.

Lengannya tiba-tiba ditepuk perlahan.

"Aisy, Adam datang!" bisikan Naura membuatkan spontan pelukan dengan Ibu terlerai. Kepala Aisy diangkat untuk memandang Adam.

Lelaki itu tersenyum manis ke arah Aisy. Dan pada saat itu Aisy tidak tahu mahu menggambarkan betapa indah ciptaan tuhan yang satu ini. Indah. 

Baru Adam mahu mendekati Aisy tiba-tiba Aaira yang tadinya berada di riba Alisha berlari dan memeluk Adam. Aisy dan Adam ketawa kecil. Lelaki itu mengangkat Aaira ke dalam dukungannya sebelum kembali menyambung langkah mendekati Aisy.

"Assalamualaikum, Sayang"  tiada perkataan lain. Hanya itu saja yang Aisy dengar. Aisy tahan senyum.

Suara teruja yang datangnya dari orang di belakang yang Aisy juga tidak pasti siapakah gerangan itu, kedengaran.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now