51

303 18 2
                                    

Kerana kau dari Dia

Jam menunjukkan dua belas tengah hari. Keluhan dilepaskan sebelum dokumen-dokumen yang bersepah di atas meja, ditolak ke hujung meja perlahan.

Adam sandarkan kepalanya pada kerusi sebelum beberapa saat selepas itu matanya dibawa pejam.

"Tengku"

Sepuluh minit berada dalam keadaan yang menenangkan, tiba-tiba suara Aeiya memanggil sekali pintu pejabatnya diketuk dari luar kedengaran. Adam buka matanya sedikit sebelum wajah Aeiya yang terjegul di sebalik pintu bilik menjadi pemandangannya.

"Masuk, Aeiya"

Gadis itu mengangguk kepala sebelum kaki mula masuk lalu berhenti benar-benar di hadapan Adam. Adam membetulkan duduknya di kerusi. Dokumen yang bersepah di atas meja dicapai dan diselak satu per satu.

"Tengku, lepas lunch nanti tengku akan ada meeting dengan syarikat Razak Holdings"

"Malam pula, Tengku ada dinner dengan salah satu pelabur kita dari Singapura"

Terangguk kepala Adam. Wajah Aeiya dipandang sekilas.

"Cancel kan semua meeting dan dinner hari ni. Tunda ke next week"

Terpinga-pinga wajah Aeiya.

"Tapi Tengku, meeting ni penting. Tan Sri Ismail adakan meeting ni untuk bincangkan fasal projek terbaru kita dekat Johor. Dinner pun—"

"I tak sihat" balas Adam senada.

"Dah seminggu tengku bagi alasan yang sama. Banyak syarikat yang dah tarik balik untuk adakan projek dengan kita"

Adam mengeluh perlahan. Kepalanya disandarkan pada kepala kerusi.

"Bu..bukan Tengku. Maksud saya..."

Adam raup wajahnya yang kusut. "Cancel semua meeting minggu ni. Lepastu you boleh keluar"

"Baik, Tengku"

Keluar saja Aeiya, Adam kembali sandarkan kepala pada kepala kerusi. Tali lehernya dilonggarkan dari kolar baju. Rimas. Serabut.

Lelaki itu mengeluh perlahan. Serabut dengan pelbagai soalan yang berlegar di dalam fikirannya sekarang ini. Serabut dengan soalan diri sendiri.

Lantas, laci meja dibuka. Sampul surat bersaiz A4, dicapai sebelum isinya dibaca.

Nama: Tengku Aaira Fatiha binti Tengku Adam Mikael

Umur: 1 tahun 6 bulan

Adam urut pelipis. Matanya dipejam beberapa saat. Dirinya serabut dengan kenyataan ini.

Beberapa minggu selepas berjumpa Aisy dan seorang budak di pasar raya, Adam terus mendapatkan pembantunya untuk mencari maklumat tentang budak perempuan itu. Adam tidak menyangka bahawa keputusan itu memakan dirinya sendiri.

Kertas tadi ditindihkan disebalik salah satu dokumen yang bersepah di atas mejanya. Wajahnya diraup kasar. Bibirnya dibawa mengucap beberapa kali.

Laju tangannya mencapai telefon di atas meja. Nama Aisy yang tertera di skrin telefonnya, dipandang lama. Lama sebelum telefon kembali diletakkan di atas meja. Wajahnya diraup lagi.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now