9

418 29 6
                                    

Kerana kau dari Dia.

Mulut yang tenganga luas Aisy tutup dengan tangan. Masuk kali ini sudah kali ketiga dia menguap tak henti-henti. Mata menjeling orang sebelah. Masih fokus pada pemanduannya.

Badan kemudiannya dibawa bersandar ke dinding kerusi sebelum mata dihala ke luar tingkap. Hijau. Ya, itu yang dia lihat. Hanya hutan, tak menarik langsung. Aisy menguap lagi. Mata sudah berair habis. Tinggal untuk dia lentokkan kepala memang bye-bye lah jawabnya.

Lelaki disebelahnya itu dari mula perjalanan tadi sampaikan sekarang ini tak ada langsung ura ura nak mulakan perbualan. Radio pula langsung tak dipasang. Orang kata, bunyi tayar lori dekat jepun pun boleh dengar.

Janggal.

Kereta milik Adam meluncur masuk ke dalam kawasan rumah rehat. Tak lama dengan itu, pergerakan kereta diperlahankan. Melilau mata Adam mencari tempat parkir yang masih kosong.

"Kau nak apa-apa ke?" terparkir elok sahaja kereta, Adam menyoal. Lelaki itu memandang Aisy.

Lama Aisy berfikir sebelum dia menggeleng kepal tak mahu. Memang dia tak lapar memandang sebelum mereka gerak dia ada makan dua keping roti buat alas perut. Kira okaylah dari biarkan perut kosong tak berisi.

Tak kata banyak, terus Adam melangkah keluar dari kereta. Hampir sepuluh minit, Adam muncul kembali. Beg plastik yang penuh dengan roti dan air mineral di tangannya dicampakkan kepada Aisy.

"Kalau kau lapar kau makan. Aku tak nak singgah mana-mana dah lepas ni" Kata Adam. Tegas.

Lambat-lambat Aisy mengangguk faham. Dia kemudiannya tak menjawab apa-apa kerana tahu yang angin Adam tidak berapa baik sekarang ini. Semuanya gara-gara Nek Tuk yang memaksa Adam untuk balik ke kampung Aisy dan berkenalan dengan keluarga Aisy.

Ya, mereka dalam perjalanan ke Johor sekarang ini. Atau lebih tepat lagi, dalam perjalanan ke kampung Aisy.

Roti di dalam beg plastik ditarik keluar sebelum tangan naik mencubit sedikit bahagian roti. Tadi punyalah geleng tak mahu, tapi bila dah ada depan mata laju pula tangan mahu menyuap ke mulut.

"Johor area mana?" Adam menyoal. Kereta dipandunya sudah membelah jalan.

Aisy masukkan suapan roti ke dalam mulut. Dia faham dengan soalan suaminya itu.

"Segamat" Dia menjawab.

•••••

"Aisy" panggil Adam. Bahu gadis itu ditepuk olehnya perlahan. Keretanya sekarang ini betul-betul terparking di sebuah jalan kampung dan berhadapan dengan beberapa simpang.

"Aisy, bangunlah" suaranya langsung tidak memberi kesan kepada Aisy. Adam garu kepala. Tiba-tiba ada mentol di atas kepalanya. Sejak bila entah si Adam ni mula cipta hobi baru untuk menyakat Aisy.

Adam toleh kiri kanan. Apabila melihat jalan ketika ini lenggang dengan orang, Adam buka seatbelt. Perlahan-lahan dia dekatkan wajahnya dengan Aisy yang masih terlena di sebelahnya itu.

Baru dia mahu mengenakan Aisy, tiba-tiba pergerakannya terhenti. Matanya tak beralih arah dari memandang Aisy. Statik. Lantas dibatalkan saja niat jahatnya untuk mengenakan Aisy.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now