66

188 12 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Adam yang sedang menjamah masakannya itu, Aisy renung suka. Bibirnya juga tidak lepas daripada tersenyum manis dari tadi. Adam seperti biasa, makan masakan Aisy sampai terpejam-pejam matanya.

Hari ini Aisy menunaikan janjinya untuk masakkan sesuatu untuk Adam jika lelaki itu pulang ke Kuala Lumpur. Itu yang dari pagi tadi, Aisy lancarkan perang dekat dapur. Tunjukkan semua skill memasak yang dia ada.

"Ya Allah, sedapnya sayang" masuk saja sudu ke dalam mulut, itu perkataan pertama yang keluar. Aisy sengih suka.

"Sumpah aku tak tipu. Ni sedap sangat" lelaki itu menyua lagi sudu ke mulut. Matanya terpejam lagi. Sedap!

Tergelak Aisy melihat reaksi Adam. Aisy tahulah yang asam pedas ini masakan kegemaran Adam tetapi tak menyangka pula sehingga begini sekali reaksi Adam.

"Sedapnya. Masakan kau kali ni, aku bagi seribu per sepuluh" lelaki itu memuji lagi. Tangannya tidak lepas menyua sudu ke mulut.

Mendengar itu, Aisy tergelak sendiri. Tadi pun punyalah Adam suka apabila Aisy beritahu yang dia masak asam pedas hari ini.

Tak menyempat sangat, sanggup lelaki itu makan di dalam kereta saja. Makan di dalam kereta berhadapan dengan rumah Aisy. Nampak pelik kan? Tapi itulah kenyataannya. Aisy masih tersenyum suka.

"Ya Allah, sayang. Kau letak apa je dalam ni? Kenapa sedap sangat?" Adam memuji lagi. Setakat ini sudah hampir separuh nasi di pinggan Adam sudah licin.

Ikan dicubit menggunakan sudu di tangannya sebelum disua lagi ke mulut. Hampir sesaat selepas itu, sudu disua lagi ke mulut. Mata lelaki itu terpejam lagi. Sangat sedap!

Aisy senyum semakin lebar. Comel je puji-puji macam ni. Macam Aisy kata sebelum ini, tengok Adam makan pun sudah berjaya buat Aisy kenyang. Atau lebih tepat lagi, kenyang dengan pujian. Adam memang suka puji melambung-lambung, suka buat Aisy berada di awangan sekejap.

"Kau nak rasa? Sedap tahu. Rugi kalau kau tengok je" Adam mempelawa. Sudu sudah diangkat, mahu disuakan ke arah Aisy.

Aisy senyum kecil sambil kepalanya digelengkan. "Tak nak. Awak makan lah"

"Betul ke ni tak nak? Sudah lah sedap" Adam menyua lagi sudu ke mulutnya.

Tersengih Aisy. Kepalanya dianggukkan. "Cuba bagi dekat Aaira. Saya perasan macam dia terliur je tengok awak makan tadi"

"Aaira?" mendengar itu, Adam terus jatuhkan pandangan pada Aaira di riba Aisy itu. Melihat Aaira yang seperti terliur itu, terus terhambur ketawa Adam. Pipi anaknya itu dicuit perlahan.

"Ye ke Aaira? Aaira nak?" Adam menyoal. Sudunya disuakan ke arah anaknya.

Bila Aaira mengangguk kepalanya, mereka berdua terus hambur ketawa yang kuat. Laju saja Adam menyuakan sudu yang berisi nasi ke mulut kecil Aaira. Si kecil itu menepuk-nepuk tangan suka selepas itu.

"Sedap?" Aisy menyoal perlahan. Aaira di ribanya dipandang.

"Ceedap!"

"Nak lagi?" Adam menyoal. Aaira angguk kepalanya sambil mulut dingangakan lagi, minta disuap lagi.

Tergelak Adam. Lelaki itu menyua lagi nasi ke mulut Aaira. Aisy yang melihat hanya geleng kepala saja sambil rambut panjang Aaira yang sedikit jatuh dan menganggu si kecil itu untuk makan, Aisy selitkan ke belakang.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora