40

323 20 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Dua minggu kemudian,

Hubungan dia dan Adam semakin membaik sekarang. Selepas Adam minta maaf tempoh hari, sikap lelaki itu berubah kepada lebih baik.

Tetapi apapun, Aisy bersyukur. Dia lebih sukakan Adam yang sekarang. Adam yang tak mudah melenting dan panas baran macam sebelum ni. Seperti sekarang, Adam ajak dia keluar hari ini.

Aisy bercekak pinggang berdiri di hadapan almari sambil matanya melilau mencari tudung yang padan dengan baju blouse di tangannya.

Baju hitam dengan tudung merah?

Eee.. Aisy sudah dapat bayangkan penampilannya. Buruk betul.

Tudung yang berwarna merah tadi digantung semula di dalam almari sebelum tudung yang berwarna coklat pula diambil.

Okay, ini baru kena.

Aisy membelek-belek baju dan tudungnya di hadapan cermin sebelum pintunya tiba-tiba diketuk dari luar.

"Aisy" suara Adam memanggil kedengaran berselang seli dengan ketukan pada pintu. "Aisy"

Laju Aisy mendekati pintu biliknya sebelum pintu biliknya dibuka sedikit lalu kepalanya dijegul separuh ke luar.

Wajah Adam yang mencerut, menjadi pemandangannya.

"Kau salin baju ke tengah buat baju dalam tu? Kenapa lambat sangat" Aisy sengih. Sempat dia menoleh ke belakang dan mengerling jam pada dinding sebelum kembali memandang Adam di hadapannya.

"Sekejap je. Bagi saya 10 minit lagi"

"Dari tadi kata lagi kata 10 minit. Dah lama dah aku tunggu ni. Cepat sikit" Aisy kembali tutup pintu bilik. Walaupun hubungan dia dan Adam semakin baik, tetapi sifat Adam yang suka cakap tanpa lapis itu, masih ada tak hilang. Cuma tidaklah kuat melenting seperti sebelum ini.

Tak tunggu lama, dengan laju Aisy menggosok bajunya dan tudung. Sepantas kilat dia bersiap.

Selesai menggayakan tudung di kepala, lantas selepas itu Aisy capai tas tangannya. Penampilannya dibelek terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum dia mula melangkah keluar dari biliknya. Adam yang berada di ruang tamu, dihampiri.

"Jom" Aisy pandang Adam yang masih duduk di sofa. "Jom lah"

Apabila melihat Aisy yang sudah bersiap, laju Adam capai kunci keretanya. Mereka kemudiannya sama-sama masuk ke dalam kereta sebelum laju kereta milik Adam membelah jalan menuju ke tempat yang Aisy sendiri tidak pasti.

Bila cerita tentang destinasi, baru Aisy terfikir, mereka mahu ke mana sebenarnya? Sewaktu Adam mengajaknya keluar tadi pun Aisy tidak terfikir mahu menyoal tentang destinasi mereka.

Aisy menoleh melihat pada kiri dan kanannya. Rasanya Aisy pun tidak dapat teka ke mana Adam mahu bawa dia pergi.

Aisy memandang Adam di sebelahnya. "Kita nak pergi mana ni?"

"Pergi..." Adam memandang Aisy sekilas sebelum dia kembali fokus terhadap pemanduannya.

"..adalah"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin