7

393 33 1
                                    

Kerana kau dari Dia.

Dengan perasaan marah, Alisha keluar dari dewan kuliah sebelum kaki mula buka langkah menuju ke kantin. Ikmal dibelakang sudah berlari mendapatkan Alisha sekali mulut tak berhenti melaung panggil nama gadis itu.

"Alisha! Alisha!"

Ikmal membongkok tercungap cungap mencari nafas. Gadis itu menoleh kebelakang. Bila mata dijamah dengan wajah Ikmal, Alisha guling mata. Nak apa lagi lelaki ini?

"Sorry sebabkan Ikmal, Alisha tak dapat markah penuh presentation tadi. Mak Ikmal demam panas semalam sebab tu assignment Alisha lari dari topik sikit"

Alisha mendengus. "Mak you bukan nak mati pun! You tahu tak disebabkan you lah, I tak dapat markah penuh untuk tajuk ni tahu tak?! Dahlah malas I nak cakap dengan you. Buang masa"

Badan dipusingkan sebelum Alisha kembali buka langkah. Tapi belum sempat kaki mahu turun tangga yang terakhir, tangannya dipaut.

"Apa lagi Ikmal?!"

Nada suaranya dinaikan. Muka buat buat tengah marah. Dia nak Ikmal rasa bersalah je. Tak kesah pun dengan markah sangat.

"Ikmal janji next assignment ikmal buat betul betul"

"Janji?"

"Janji" Alisha senyum puas. Tengoklah sayang betul Ikmal dengan dia. Sampai assignment dia pun Ikmal yang buatkan. Tapi maaf, kalau diri tu tak berduit jangan harap dapat Tengku Alisha Tengku Zainol.

Buatlah apa apa pun, Ikmal takkan dapat Alisha. Percayalah.

•••••

Dari tadi, Aisy tak senang duduk. Perasaannya tika ini sudah bercampur baur. Aisy pandang jam yang jarum pendeknya sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Hati mula gelisah.

Adam. Mana lelaki itu?

Hilang terus rasa kantuknya bila teringatkan Adam yang tak balik lagi ke rumah. Kepala berkali kali menjenguk kearah langsir pintu gelangsar. Gelap.

Tangan diramas sesama sendiri. Menghilangkan rasa tak sedap dalam hati yang mula bersarang membukit. Bila teringatkan tentang kejadian petang tadi, automatik jantung Aisy berdegup laju.

Keluar dengan Atiya ke sampai lewat malam?

Aisy raup wajah. Think positive Aisy. Insyaallah everything is fine.

Ya Allah, kau jagalah suami aku.

Mata kembali mengerling jam dinding yang bersebelahan dengan perabot gah jati itu.

1.30 pagi.

Aisy katup mata.

Awak mana Adam?

Bunyi deruman enjin kereta dari luar rumah kedengaran lantas Aisy pandang pada langsir pintu gelangsar. Cahaya silau yang samar samar dari luar rumah semakin menerang.

Menyakinkan Aisy bahawa cahaya itu datang dari kereta milik Adam. Terus Aisy berlari mendekat dan menyelak sedikit langsir. Nampak saja kereta milik Adam yang sudah menerobos masuk ke dalam perkarangan rumah agam ini, terus Aisy buka pintu.

Enjin kereta dimatikan. Adam keluar dari perut kereta sebelum buka langkah untuk masuk kedalam rumah. Kereta dikunci menggunakan alat kawalan jauh. Aisy yang tercegat di hadapan pintu seakan akan menghalang Adam untuk masuk.

"Kau dah kenapa berdiri sini?! SANALAH! Tak reti nak tidur ke? Semak betul" badan Aisy ditolak kasar ke dinding menggunakan sikunya. Tali leher yang elok tersimpul dilehernya dilonggarkan. Panas!

Bila tengok muka Aisy yang langsung tak menyenangkan itu lagi bikin hati dia berapi. Adam tak hiraukan Aisy malah kaki mainkan peranan untuk mendekati sofa.

Adam melabuhkan punggung dihujung sofa. Butang tiga teratas dibuka sebelum dada bidangnya disapa dengan angin sejuk penghawa dingin. Rambut diramas kebelakang.

"Awak nak air panas? Nak makan?"

Lembut Aisy bertanya tapi entah kenapa bila soalan bertubi tubi itu sampai ke koklea Adam terus hati Adam jadi panas. Api amarahnya yang tadi sudah membara kini makin memuncak. Terus rutin membuka kedua stokinnya terbantut.

Lelaki itu angkat kepala memandang Aisy. Lama, sebelum beg kerjanya yang diletak elok diatas meja kopi dicampak kuat ke lantai. Bahu Aisy terhinjut.

Perlahan lahan Adam bangun dari duduknya dan kaki buka langkah mendekati Aisy. Bila sampai saja di hadapan Aisy, Adam dekatkan telinganya pada mulut Aisy. Muka buat buat tak dengar.

"Apa kau cakap tadi perempuan? Aku tak dengarlah"

Nafas turun naik Adam yang menyapa kulit wajahnya benar benar buat Aisy gerun. Dengan jarak muka mereka tak lebih dari satu inci berjaya buat jantung Aisy berdengup kencang. Aisy telan liur, kelu lidahnya nak mengulangi bicaranya tadi.

"A..awak nak air ke? A..atau nak m..makan?" mendengar itu, terus pipi gadis itu dicengkam kuat. Aisy rintih sakit.

"Sejak bila kau jadi isteri mithali ni pelacur?!" cengkaman diketatkan.

Air mata jatuh yang Aisy biarkan mengalir. Kaki perlahan lahan berundur ke belakang. Mengharap agar dia boleh melepaskan diri tapi malangnya perlahan lahan jugalah kaki dia bercium dengan dinding. Kepala digeleng beberapa kali.

"Ingat aku bodoh? Kau nak letak racun dalam air aku kan. Tak puas perangkap aku nak bagi aku mati pulak kan?! BETUL KAN?!"

Aisy menggeleng laju. Menidakkan semua yang dibicarakan Adam. Tubir mata sudah penuh dengan air jernih.

"DASAR PELACUR TAK SEDAR DIRI!"

Pang!

Pipi Aisy dilempang kuat. Bersama itu, rancak air mata jernih mengalir dari tubir matanya. Serentak kakinya terasa longlai sebelum terus jatuh terduduk. Aisy pegang pipinya yang mulai membahang.

Mata terkatup rapat. Perit.

Tak cukup dengan itu,  Adam tarik pula rambut Aisy untuk naik keatas. Cepat cepat Aisy bangun sebelum Adam tarik tangan Aisy untuk naik ke tangga.

"Kau nak sangat jadi isteri mithali kan? Nak layan aku sangat kan? Malam ni aku jadikan kau pelacur tak bergaji. Jom!" faham dengan ujaran Adam, Aisy menggeleng kepala. Berkali kali dia menarik tangannya dari cengkaman Adam tetapi tenaga lelaki itu lebih tinggi berbanding dirinya.

"A..awak saya t..tak nak.."

"TAK NAK APA?! TADI NAK SANGAT LAYAN AKU KAN?!" tubuh Aisy terus dicempung naik masuk kedalam bilik sebelum tubuh kecil itu dicampak ke atas katil. Gadis itu mengesot ke dinding katil. Air liur ditelan rakus. Air mata jatuh tak henti.

Bila melihat Adam dah buka baju,  jantung berdetak laju terus kaki naik mendekati dada. Sejuk penghawa dingin makin mencucuk cucuk ke tulang. Comforter ditarik mendekat. Tiba tiba 'kejadian malam itu' kembali berlayar dikotak fikiran. Aisy menggeleng bersama deraian air mata.

"Adam..awak sedar tak?!" bergetar suara Aisy bertanya. Air mata mencurah keluar. Adam tak endahkan malah perlahan lahan lelaki itu naik keatas katil. Senyuman sinis ditayang. Air mata gadis itu makin rancak mengalir sekali kepala digeleng bila Adam terus mendekat.

"Awak.."

"..tolong jangan.."

Tangan dan kaki separuh menggigil. Jujur dia tak tahu apa yang dia perlu lakukan.

TBC

-240220-

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now