33

193 17 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Seminggu kemudian..

Bunyi pintu bilik dikuak dari luar, kedengaran mengetarkan telinga Aisy. Lantas, Aisy yang baru keluar dari kamar mandi, memandang Adam yang sedang memasuki bilik. Tuala di tangannya dibawa untuk membalut rambutnya yang basah sambil matanya menangkap Adam yang menghampiri wardrobe di hujung bilik. Seperti mencari sesuatu.

"Keluarga Atiya dah balik?" Aisy mendekati lelaki itu. Adam yang sedang membuka wardrobe, mencapai toto dan beberapa bantal dari situ. Aisy tahan tekaknya yang mulai terasa loya. Rasanya sudah semua isi perutnya dimuntahkan tadi tetapi tetap saja loyanya datang apabila dia mendekati Adam.

Hampir seminit Adam tidak menjawab, Aisy kembali menyoal soalan yang sama kepada Adam tetapi lelaki itu masih juga tidak menjawab. Aisy tarik nafas panjangnya. Keluhan dilepaskan.

"Adam, saya tanya ni" lembut Aisy membalas.

"Apa?" Adam memandang malas. "Kau diam sikit tak boleh ke?"

Bila Adam menjawab dengan nada malas dan sedikit marah, Aisy terdiam sebentar. Sebelum laju lelaki itu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Aisy mengeluh kecil. Telekung dan sejadah yang digunakannya tadi untuk menunaikan solat isyak, dicapai sebelum dikemaskan dan digantung elok di dalam wardrobe. Tadi nak cepat mandi itu yang dia gulungkan saja sejadah sama dengan telekung. Tapi—

Bunyi pintu bilik seperti mahu dikuak dari luar, Aisy berhenti bermonolog. Laju kakinya melangkah mendekat.

"Adam, awak- Alisha?" berkerut dahi Aisy apabila Alisha yang masuk ke dalam bilik dan bukannya Adam.

Hampir sesaat, gadis itu sudah masuk ke dalam bilik dan menghempaskan badannya ke atas katil. Makin berkerut dahi Aisy.

"Abang Adam dekat mana?" Aisy bertanya. Dahinya berkerut apabila memandang wajah Alisha yang sudah baring di atas katilnya itu. Gaya seperti gadis itu yang mahu tidur dengan Aisy malam ini.

"Remote mana?" tak menjawab soalan Aisy sebaliknya gadis itu selamba betulkan baringannya di atas katil sambil matanya meliar mencari alat kawalan jauh. Lantas, alat kawalan jauh yang berada di meja kecil bersebelahan katil dicapai dan saluran televisyen ditukar.

Aisy mengeluh. "Alisha, akak tanya ni. Abang Adam awak dekat mana?"

Lembut Aisy menyoal.

"Dia tidur ruang tamu"

"Ruang tamu?"

Alisha pandang Aisy atas bawah sebelum dia mendengus kecil. "Bilik aku Atiya guna. Family dia pulak guna bilik tetamu"

"Keluarga Atiya tidur sini?" hampirlah rasa nak menangis apabila Alisha angguk kepala selepas itu.

Tadi dia tidak keluar langsung dari bilik bila tahu Atiya dan keluarganya mahu datang. Tak tahu pula sampai tidur sini terus. Aisy usap perutnya yang sedikit membulat itu. Sudahlah perut dia sudah kosong kerana muntah tadi. Dia perlukan makanan sekarang ini.

Aisy pandang Alisha. "Sampai bila?"

Bila Alisha angkat bahu, Aisy mengeluh kecil. Ini kalau sampai malam esok, memang mereput lah dia duduk dalam bilik.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now