39

318 19 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam petang tetapi Adam masih merenung kosong dokumen-dokumen di hadapannya. Semua staff pun sudah balik ke rumah masing-masing. Kebiasaannya pada waktu ini, Adam sudah sampai ke rumah dan berehat.

Badannya disandarkan pada dinding kerusi. Kalau dia pulang ke rumah sekarang pun buat apa, asyik bertembung dengan Aisy saja. Pelipisnya diurut perlahan.

Tipulah kalau dia kata dia tak takut bila sudah belasah Aisy dengan tali pinggang malam tadi. Buatnya gugur macam mana? Apa dia nak jawab dengan Nek Tuk.

Dia pun satu, tidak dapat kawal kemarahannya semalam. Dia juga tidak tahu apa yang merasukinya sehingga bertindak sebegitu gila.

Hampir seminit, matanya jatuh pada beg plastik berisi ubat untuk Aisy di atas meja.

Patut ke dia buang saja ubat itu? Takkan dia mahu berikan kepada Aisy pula balik nanti? Buang tabiat ke apa?

Adam raup wajahnya kasar. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya yang tiba-tiba saja menjadi serba salah. Dari pagi tadi juga, fikirannya tidak lepas memikirkan tentang Aisy.

Adam buang jauh-jauh perasaan serba salah yang semakin menebal dalam dirinya itu. Lantas, beg plastik berisi ubat untuk Aisy tadi dicapai dan mahu dibuang ke tong sampah kecil di sebelah kerusinya sebelum hampir sesaat, Adam lupakan niatnya.

Rambutnya dikusutkan. Stress!

•••••

Aisy selak kain yang menutupi kawasan sekitar pehanya yang penuh dengan warna biru dan ungu. Aisy mengeluh perlahan.

Kesan-kesan lebam yang semakin membiru tersebut, Aisy sentuh perlahan sebelum dengan berhati-hati lebam tersebut disapu dengan ubat.

"Auch," Aisy gigit bibir bawahnya dan air matanya sedaya upaya ditahan daripada bergenang.

Dengan perlahan, tangannya dibawa untuk ratakan ubat pada sekitar kesan lebam tersebut dengan menggunakan kapas. Apabila terasa kapas itu sudah kering, ubat kembali ditambah sebelum dia beralih pula ke kesan-kesan lebam pada tangannya.

Selepas semua kawasan telah disapu, ubat yang digunakannya tadi kembali diletakkan di atas meja. Laju Aisy berdiri dan mendekati cermin.

Dia melihat pantulan dirinya dari atas ke bawah lalu matanya jatuh pada kesan berwarna ungu di hujung lengannya. Tanpa sedar dia mengeluh kecil.

Almari di hujung bilik didekati dan cardigan yang sedang tergantung di almari, ditarik sebelum disarungkan ke badannya.

Aisy berdiri di hadapan cermin sekali lagi. Lengan cardigan yang lebih panjang, ditarik sehingga menutup bahagian lebam di hujung lengannya.

Aisy ingatkan bila dia memakai baju berlengan panjang, tidak lah nampak. Rupanya ada juga.

Matanya dari tertumpu pada lebam, tiba-tiba jatuh pada perutnya yang sedikit menonjol. Aisy mula rasa tidak selesa dengan bajunya yang kelihatan sedikit ketat. Minggu lepas rasanya baju yang dipakainya ini masih longgar lagi. Tiba-tiba hari ni mulai ketat pula.

Almari kembali dibuka olehnya. Baju lain di dalam almari tersebut, dibelek satu per satu. Dan sejujurnya, kesemua bajunya ini sudah kecil untuk dia sekarang ini.

Baru Aisy mahu rebahkan badannya pada katil, tiba-tiba telefonnya berdering. Lantas tangannya mencapai telefon di sebelah bantal.

Adam.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now