42

333 18 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Memang tepat janji Adam, lelaki itu menjemput Aisy di rumah Papa sebaik saja lelaki itu pulang dari kerjanya.

Dari Adam mula sampai ke rumah Papa sehingga sekarang, mereka tidak menyapa sesama sendiri. Aisy pun tidak bercakap apa-apa dan begitu juga dengan Adam. Membuatkan suasana di dalam kereta menjadi senyap sepi, seperti biasa.

Aisy hela nafas beratnya. Tipulah jika Aisy kata yang rasa berjauh hati dengan kata-kata Mama pagi tadi itu sudah hilang padahal hormonnya sekarang ini sangatlah tidak stabil. Bila ada yang bercakap kasar sikit, cepat saja rasa sedih itu datang. Kilang membuat air mata juga seperti mengadakan jualan murah pagi tadi. Laju saja ia turun walaupun Aisy sudah sedaya upaya menahan rasa sedihnya.

Keluhan dilepaskan. Tanpa hiraukan sekeliling, kepala Aisy sandarkan pada sofa kereta dan matanya dipejam rapat.

Suasana kekal senyap. Senyap dan dapat Aisy rasakan mata Adam asyik mengerling dia di sebelah. Deheman dari Adam kedengaran.

"Alisha telefon aku tadi kata kau tak makan dekat rumah Papa. Kenapa?" suara Adam, menggetarkan zarah-zarah kesunyian di antara mereka. Tahu yang Aisy bukannya tidur.

"Kenyang" jawab Aisy sepatah.

"Makan hati sampai kenyang ke?" mendengar itu, Aisy senyap. Sudah dapat mengagak balasan lelaki itu. Hampir sesaat, telinga Aisy menangkap bunyi keluhan dari Adam di sebelah.

"Aisy, relaks lah. Bukan kali pertama kau kena macam tu dengan Mama. Kau kenapa jadi lembik pula ni" Aisy tarik nafas berat. Tak faham. Adam tak faham.

"Awak tak faham, Adam" perlahan suara Aisy.

"Sekarang ni memang aku tak faham dengan kau. Kau tak makan apa-apa dari pagi tiba-tiba kata dah kenyang. Boleh tak jangan ikutkan hati sangat? Yang kau terasa sangat ni kenapa?" Aisy urut pelipis mendengar omelan Adam itu. Mana ada dia ikutkan hati! Adam ni! Sebab kalau dia ikutkan hati, dia tak diam begini. Kalau ikutkan hati, memang Aisy akan terus menangis lagi.

"Kau nak makan apa? Cepat, kita pergi makan dulu sebelum balik rumah"

"Kita balik rumah teruslah, saya nak rehat"

"Aisy" Adam pandang Aisy dengan wajah tegasnya. "Aku tak ada masa nak layan merajuk kau tu tahu"

Merajuk? Mata Aisy yang terpejam, dibuka semula sebelum dia memandang Adam di sebelahnya.

"Saya tak suruh awak pujuk pun. Saya memang kenyang tadi, takkan awak nak paksa saya makan pulak?" balas Aisy. Nadanya sedikit marah. Dan selepas itu, Adam ada membalas sesuatu. Malas mahu bertekak, Aisy diamkan saja diri dan biarkan suasana kembali senyap.

Hampir dua puluh minit berada di dalam kereta, Adam kemudiannya memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai makan. Dan kedai makan itu Aisy tahu bukan kedai makan yang biasa. Dekorasi dari luar sudah menunjukkan kedai makan tersebut mewah dan elegan.

"Jom, makan dulu lepastu baru balik rumah" Adam matikan enjin kereta selepas kereta sudah terparkir elok di tempat parkir yang tersedia. Dompet dan telefonnya dicapai.

"Adam, saya kata saya kenyang kan tadi"

Adam yang berura-ura mahu keluar kereta, memandang Aisy di sebelah. "Kenyang apanya kalau seharian kau tak makan apa-apa? Cepat turun. Kau ingat kau merajuk macam ni, aku nak pujuk ke?"

"Saya tak merajuk lah!" Aisy membalas. Suaranya sedikit berang. Laju saja mata menjeling pada Adam.

"Aisy" Adam memandang Aisy dengan wajah geramnya. "Dengar cakap aku. Jom makan"

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now