73

213 12 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Pintu kamar mandi ditutup sebelum dengan kepala yang mulai memusing itu, Aisy kembali melangkah ke arah katilnya. Pelipisnya diurut perlahan.

Malam ini saja sudah berkali-kali Aisy ke tandas. Tekaknya terasa loya dan semuanya menjadi serba tidak kena. Walhal jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam dan dia saat ini sepatutnya perlu tidur kerana esok dia perlu ke pejabat. Aisy mengeluh perlahan. Tidak tahulah Aisy apa jadi pada esok hari jika alahannya ini tidak berkurang. Aisy tidak rasa dia boleh fokus membuat kerja seperti biasa.

Perlahan-lahan, dengan perut yang sudah semakin membulat, Aisy rebahkan badannya di atas katil bersebelahan dengan Adam yang sudah lena dibuai mimpi itu. Matanya cuba dipejam sebelum beberapa saat selepas itu, Aisy buka matanya semula. Dia mengeluh perlahan. Lantas, Aisy mula ubah posisi baringannya. Bila masih juga tidak selesa, Aisy ubah lagi posisi baringannya.

Malam ini, entah mengapa bayi di dalam kandungannya ini menjadi aktif lain macam sehingga membuatkan perutnya menjadi serba tidak selesa. Aisy usap perutnya perlahan. Dengan harapan anak di dalam kandungannya itu kembali bertenang tetapi hampa, masih juga aktif menendang malah semakin aktif si kecil ini.

Matanya kemudian cuba untuk dipejam merapat. Lima minit begitu, tiba-tiba tekaknya kembali terasa loya. Laju Aisy melangkah ke arah kamar mandi dan segala isi perutnya dimuntahkan lagi. Aisy pejam matanya sesaat. Kepalanya yang kembali memusing, diurut lagi dan lagi. Lantas, pili air dipasang dan sekitar sinki yang sudah kotor itu, dibersihkan. Bila pili air sudah ditutup olehnya, Aisy mulai keluar dari kamar mandi.

"Sayang?" tiba-tiba suara serak dari Adam yang seperti baru bangun tidur itu kedengaran. Lelaki itu terbangun kerana mendengar bunyi Aisy seperti sedang muntah di dalam tandas tadi. Adam mulai bangun dari baringannya sebelum isterinya yang baru melangkah keluar dari tandas itu dipandang.

"Sayang belum tidur lagi?" begitu jelas suara mengantuk Adam. Wajah kantuknya diraup.

"Abang bangun? Aisy minta maaf. Aisy kacau abang tidur ke?" suara Aisy, serba salah. Laju lampu tidur yang dipasang olehnya tadi kembali ditutup. Dia juga satu, terpasang lampu bilik yang jelas-jelas akan menganggu tidurnya Adam.

"Sayang tak tidur lagi?" Adam mengulang soalannya tadi. Suaranya kedengaran sedikit risau. Lelaki itu kemudiannya meraup wajah kantuknya lagi sebelum mulai mendekati Aisy yang berada di hujung katil itu. Wanita itu mula meraba-raba minyak angin yang diletaknya tadi di atas meja bersebelahan katil.

Aisy ketap bibir. "Abang tidurlah. Sikit je ni sekejap lagi okay lah"

Sejurus itu, terus pinggangnya terasa dipeluk dari belakang. Aisy sekadar senyum nipis saja. Lantas, bila tangannya berjaya menggapai minyak angin yang dicarinya tadi, laju minyak tersebut dicapai oleh Aisy sebelum punggungnya mula dilabuhkan di hujung katil. Adam ikut sama labuhkan punggung di situ.

Minyak di tangan, Aisy gunakan untuk mengurut pelipisnya.

"Sayang pening kepala?" suara serak Adam itu, Aisy balas dengan anggukan kecil. Tangan Adam yang berada di pinggangnya, diusap lembut seakan-akan memberi isyarat bahawa dirinya okay saja.

"Sayang tak boleh tidur?" bila Aisy angguk kepala, Adam kucup pipi isterinya. "Baby tendang-tendang lagi?"

Bibir diketap sebelum Aisy angguk kepala perlahan.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now